THE CONTRIBUTION OF KNOWLEDGE AND ISLAMIC SOCIAL DEVELOPMENT ACCORDING TO THE TRADITION OF TOK WAN ALI KUTAN

KONTRIBUSI ILMU DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT ISLAM OLEH WARISAN TOK WAN ALI KUTAN

Authors

  • Amir Sharifuddin Ahmad
  • Wan Haslan Khairuddin

Keywords:

Tok Wan Ali Kutan, Biography, Knowledge, Development Society.

Abstract

Tok Wan Ali Kutan al-Kalantānī is an early intellectual scholar in the Malay archipelago, especially in Kelantan. He sacrificed his entire time to serve for Islam by producing quality works in various disciplines. He was a teacher for most Malay intellectual scholars who came to Makkah to pursue religious knowledge. Though, the contribution of his works and skills in the field of scholarly did not stand out as Shaykh Dāwud al-Faṭānī, Shaykh Nawāwī al-Bantanī and others. The main issues that are discussed in this article are; [i] Tok Wan Ali Kutan’s background; [ii] Contribution of knowledge by Tok Wan Ali Kutan; and [iii] The foundations of community development by legacy Tok Wan Ali Kutan. This research is a qualitative study (literature) that involves data analysis dan text comparisons. The main sources of this research are his works and related writings on his biography and thoughts. The deductive and thematic approaches are also used as a method in analyzing the data of books related to Tok Wan Ali Kutan. In conclusion, Tok Wan Ali Kutan was an early intellectual who had contributed his thoughts into the production of books in the aspect of theology,hadith and tasawwuf. He was a renowned scholar who made his country proud of him by producing scholars who inherited his knowledge in developing Islamic teachings by opening pondok learning institutions for the development of the Muslim community.

 

Keywords: Tok Wan Ali Kutan, Biography, Knowledge, Development Society.

Tok Wan Ali Kutan al-Kalantānī merupakan ulama awal di Nusantara khususnya di Kelantan. Beliau mengorbankan seluruh masanya untuk berkhidmat demi agama Islam dengan menghasilkan karya-karya yang bermutu dalam pelbagai disiplin ilmu. Beliau merupakan guru bagi kebanyakan ulama tanah Melayu yang datang ke Makkah untuk mendalami ilmu agama. Namun, sumbangan karyanya dan ketokohan beliau dalam lapangan ilmu tidak menonjol seperti Shaykh Dāwud al-Faṭānī, Shaykh Nawāwī al-Bantanī dan lain-lain. Isu-isu utama yang menjadi perbincangan dalam makalah ini adalah: [i] Latar belakang Tok Wan Ali Kutan; [ii] Sumbangan keilmuan Tok Wan Ali Kutan; dan [iii] Asas-asas pembangunan masyarakat oleh warisan Tok Wan Ali Kutan. Kajian ini adalah merupakan kajian kualitatif yang melibatkan kajian analisis data dan perbandingan teks. Sumber utama dalam kajian ini adalah hasil karya beliau dan penulisan yang berkaitan dengannya sama ada berkenaan biografi dan pemikirannya turut dimanfaatkan. Pendekatan deduktif dan tematik juga dijadikan wasilah dalam menganalisis data buku-buku berkenaan Tok Wan Ali Kutan. Kesimpulannya, Tok Wan Ali Kutan adalah ulama awal Kelantan yang menyumbangkan buah fikirannya dengan penghasilan kitab-kitab yang dimanfaatkan dari sudut penulisan karya akidah, hadis dan tasawuf. Beliau berjaya mengharumkan namanya di persada nusantara dengan melahirkan ulama yang mewarisi keilmuannya dalam mengembangkan ajaran Islam dengan membuka pusat institusi pengajian pondok untuk pembangunan masyarakat Islam.

 

Kata kunci: Tok Wan Ali Kutan, biografi, keilmuan, pembangunan masyarakat.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Amir Sharifuddin Ahmad

Calon Sarjana Pengajian Islam, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Wan Haslan Khairuddin

Pensyarah, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

References

Abdul Hayei Abdul Sukor. 2003. Sumbangan Tok Kenali Kepada Gerakan Tajdid Islam di Kelantan. Vol. 1. Kuala Lumpur: Penerbit Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Abdul Karim Ali, Baharom Kassim. 2006. Tinta & Minda Abdul Ghani Samsudin Mengenai Islam, Ulama & Umara. Kuala Lumpur: Intel Multimedia and Publication.
Abdul Razak Mahmud. 2002. Ikhtisar Sejarah Kelantan. Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
Abdul Razak Mahmud. 2017. Biografi Singkat 40 Ulama’ Terpilih Negeri Kelantan. Kelantan: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
al-Faṭānī, Ahmad Fathy. 2002. Ulama Besar Dari Patani. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Che’ Razi Jusoh. 2010. Tradisi Penulisan Kitab Sharah Dalam Kerangka Akidah Ashācirah: Rujukan Khusus Kepada Kitab-kitab Syarah Melayu.20-22 Julai: 1-20.
Ismail Awang. 1988. Dato’ Laksamana (1888-1939). Dlm. Ismail Che Daud (pnyt).Tokoh-Tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (1). Hlm. 221-224-225. Kota Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Ismail Che Daud. 1988. Tok Pulai Chondong (1792-1873). Dlm. Ismail Che Daud (pnyt). Tokoh-Tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (1). Hlm. 43-45. Kota Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Muhammad Ali Abdul Rahman. T.t. Lumcat al-Awrād. Kota Bharu.
Nik Abdul Aziz Nik Hassan. 1997. Sejarah Perkembangan Ulama kelantan. Kelantan: Pakatan Keluarga Tuan Tabal Kota Bharu Kelantan.
Nik Abdul Aziz Nik Hassan. 1983. Islam di Kelantan. Dlm. Nik Abdul Aziz Nik Hassan (pnyt). Lima Orang Tokoh Ulama di Negeri Kelantan (1860-1940). Hlm. 22, 25. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 1987. Sejarah Kelantan Sebelum Long Yunus-Satu Gambaran Umum. Dlm. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (pnyt). Kelantan Zaman Awal: Kajian Arkeologi dan Sejarah di Malaysia. Hlm. 11. Kota Bharu, Kelantan: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Istana Jahar.
Yusuff Zaky Yacob. 1988. Tok Kenali (1868-1933). Dlm. Ismail Che Daud (pnyt). Tokoh-Tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (1). Hlm. 121,124, 131-132. Kelantan: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Wan Shaghir Abdullah. 2016. Katalog Karya Melayu Klasik. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.
Wan Shaghir Abdullah. 2015. Ensiklopedia Naskhah Klasik Nusantara. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.
Wan Shaghir Abdullah. 2009. Koleksi Ulama Nusantara Jilid I Artikel Bersiri Akhbar Utusan Malaysia Tahun 2004. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.

Published

2018-07-02

How to Cite

Ahmad, A. S., & Khairuddin, W. H. (2018). THE CONTRIBUTION OF KNOWLEDGE AND ISLAMIC SOCIAL DEVELOPMENT ACCORDING TO THE TRADITION OF TOK WAN ALI KUTAN: KONTRIBUSI ILMU DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT ISLAM OLEH WARISAN TOK WAN ALI KUTAN. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 9(1), 1–10. Retrieved from http://al-qanatir.com/aq/article/view/96