Perjuangan Dakwah Gerakan Islam ABIM di Malaysia 1957-2000

Struggle Of Da’wa By ABIM In Malaysia 1971-2000

  • Siti Ruzana Ab Ghani Calon Doktor Falsafah
  • Rahilah Omar Pensyarah
  • Azlizan Mat Enh Pensyarah
  • Russli Kamaruddin Pensyarah
Keywords: History, Approach, ABIM, Da’wa, Organisation

Abstract

This article discusses the struggle of da’wah of Islamic Youth Movement Malaysia (ABIM) in Malaysia (1957-2000). ABIM as an Islamic movement has a very close networking with Muslim Brotherhood in Egypt, Jama’at Islami in Pakistan and Indonesia Islamic Da’wah Council (DDII) in Indonesia. ABIM is a non-governmental organization (NGO) which work independently to preach Islamic teaching in Malaysia especially among the Malay community.The objective of this article is to recognize the struggle of ABIM in doing da’wah and educating the Malay community. The methodology used is qualitative with the historical approach using the documental analysis. The documents used in this method are ABIM’s official documents and fails, leader’s speech text and interviews.The research finding shows that the success of da’wah by ABIM in Malay community is due to its engagement with the locals and their social cultural values without abandoning the Islamic principals. ABIM has managed to uphold the Islamic practices in Malaysia despite all the challenges and tribulations. The young educated youth in Malaysia practices Islam as the way of life without direct involvement in politic. Politic has always been the source of the disunity of ummah but with da’wah, the Malay community will stand tall together.


Abstrak

Artikel ini membincangkan perjuangan dakwah gerakan Islam ABIM yang mengambil kira sejarah perkembangan dan perjuangan gerakan Islam di Malaysia, 1957-2000. ABIM merupakan gerakan Islam di Malaysia yang mempunyai jaringan dan hubungan yang erat dengan gerakan Islam di luar negara seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir, Jama’at Islami di Pakistan dan Dewan Dakwah di Indonesia. ABIM adalah gerakan Islam non-partisan yang bergerak bebas dan berjuang dalam menyampaikan dakwah terhadap masyarakat Melayu di Malaysia. Objektif artikel ini untuk meneliti perjuangan gerakan Islam ABIM dalam mendidik dan berdakwah serta mentarbiah masyarakat Melayu. Metodologi yang digunakan adalah secara kualitatif dengan menggunakan pendekatan sejarah melalui analisis kandungan daripada dokumen rasmi, fail-fail ABIM dan teks ucapan pemimpin serta temubual pemimpin ABIM. Hasil kajian ini mendapati bahawa gerakan Islam ABIM dapat berdakwah kepada masyarakat Melayu dengan mendekati nilai-nilai sosiobudaya setempat, tanpa mengadaikan prinsip-prinsip Islam bagi mencapai matlamat memperjuangkan agama Allah. Gerakan Islam ABIM juga dapat menyuburkan kembali sinar Islam yang kian dicemari oleh pelbagai isu keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat Melayu kesan daripada penjajahan barat. Golongan muda terutamanya yang berpendidikan dapat menerapkan nilai-nilai kehidupan beragama sebenar mengikut landasan Islam tanpa berpolitik yang menjejaskan perpaduan dan dapat mengelakkan perpecahan tetapi menyatukan masyarakat Melayu dengan dakwah Islamiyah.

 

Author Biographies

Siti Ruzana Ab Ghani, Calon Doktor Falsafah

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Rahilah Omar, Pensyarah

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Azlizan Mat Enh, Pensyarah

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Russli Kamaruddin, Pensyarah

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Published
2018-11-15
How to Cite
Ab Ghani, S. R., Omar, R., Mat Enh, A., & Kamaruddin, R. (2018). Perjuangan Dakwah Gerakan Islam ABIM di Malaysia 1957-2000. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 13(2), 14-39. Retrieved from http://al-qanatir.com/index.php/qanatir/article/view/123