Realization Of Islamic Jurisprudence Transformation Into The Classical And Contemporary Fiqh Issues

realisasi Transformasi Hukum Islam Terhadap Isu Fiqh Klasik Dan Kontemporari

  • Mohd Anuar Ramli Pensyarah kanan
  • Mohammad Naqib Hamdan Pelajar pasca siswazah
  • Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli Pembantu Penyelidik
  • Syed Mohd Jeffri Syed Jaafari Pensyarah Kanan
Keywords: transformation of Islamic jurisprudence, social change, cultural change, flexibility, contemporary fiqh

Abstract

Islamic jurispridence is a dynamic in dealing with the development of Islamic society which is the field of implementation. It has synergized with the equilibrium between a fixed value (thabat) and a change (taghayyur) to meet new issues arising in society. Thus, the process of transformation is the basis of the development of Islamic jurisprudence in sustaining its relevance over time. This elasticity can meet the demands of social and cultural changes that spread over in Islamic society. Basically, in the process of transformation of Islamic jurisprudence, there are several elements that can be taken into account, including time, place, circumstance, motives and traditions. In this regard, this study will discuss the concept of Islamic jurisprudence transformation, the basis of transformation and description of elements in Islamic ruling transformation. In order to achieve these objectives, this study uses the full library approach by referring to relevant literature in classical and contemporary jurist discussions. The qualitative data collected has been analysed content deductively to determine a general conclusion on the transformation of Islamic jurisprudence. The findings show that the transformation of Islamic jurisprudence is a flexible approach in dealing with new issues that have had the effect of socio-cultural change and the progress of science and technology achieved by the Muslim community. But the application does not include a fixed legal aspect (thabat) along with the qat‘ie circle.

Keywords: transformation of Islamic jurisprudence, social change, cultural change, flexibility, contemporary fiqh.

 

Hukum Islam bersifat dinamik dalam mendepani perkembangan masyarakat Islam yang menjadi medan implementasi hukum. Dinamika ini disinergikan oleh keseimbangan antara nilai yang tetap (thabat) dan yang berubah (taghayyur) bagi memenuhi permasalahan baharu yang timbul dalam masyarakat. Dengan itu, proses transformasi hukum salah satu mekanisme yang fleksibel dalam mengekalkan relevansi hukum Islam sepanjang zaman. Sifat yang anjal ini dapat memenuhi tuntutan perubahan sosial dan budaya yang berlaku dalam masyarakat Islam. Secara dasarnya, dalam proses transformasi hukum Islam, terdapat beberapa elemen yang boleh diambilkira, antaranya masa, tempat, keadaan, motif dan kebiasaan. Sehubungan itu, kajian ini akan membincangkan konsep transformasi hukum Islam, asas transformasi dan huraian kepada elemen-elemen dalam transfromasi hukum Islam. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan pendekatan perpustakaan sepenuhnya dengan merujuk literatur yang berkaitan dalam perbincangan ulama klasik dan kontemporari. Data kualitatif yang dikumpulkan telah dianalisis kandungannya secara deduktif bagi menghasilkan satu kesimpulan umum tentang transformasi hukum Islam. Hasil kajian mendapati, transformasi hukum Islam adalah pendekatan yang fleksibel dalam menghadapi isu-isu baharu yang berlaku kesan perubahan sosio-budaya dan kemajuan sains dan teknologi yang dicapai oleh masyarakat Islam. Namun aplikasinya tidak merangkumi aspek hukum yang tetap (thabat) serta dalam lingkaran qat‘ie.

Kata kunci: transformasi hukum Islam, perubahan sosial, perubahan budaya, keanjalan, fiqh kontemporari

 

 

 

Author Biographies

Mohd Anuar Ramli, Pensyarah kanan

Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Mohammad Naqib Hamdan, Pelajar pasca siswazah

Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli, Pembantu Penyelidik

Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Syed Mohd Jeffri Syed Jaafari, Pensyarah Kanan

Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Published
2018-10-29
How to Cite
Ramli, M. A., Hamdan, M. N., Zulkepli, M. I. S., & Syed Jaafari, S. M. J. (2018). Realization Of Islamic Jurisprudence Transformation Into The Classical And Contemporary Fiqh Issues. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 12(1), 10-21. Retrieved from http://al-qanatir.com/index.php/qanatir/article/view/128