Kaedah Pengajaran Hafazan Ayat Mutashabih Lafaz: Kajian Di Darul Quran JAKIM Dan Jabatan Al-Quran Dan Al-Qiraat KUIS

Methods Of Teaching Mutashabih Lafaz Verses: Study In Darul Quran, JAKIM And Department Of Al-Quran And Al-Qiraat KUIS

  • Abd Muhaimin Ahmad Pensyarah Kanan
  • Muhammad Hafiz Saleh Pensyarah Kanan
  • Muhammad Arif Musa Pensyarah Kanan
  • Norakyairee Mohd Raus Pensyarah Kanan
  • Khairul Anuar Muhammad Profesor Madya
Keywords: Hafazan, al-Quran, Mutashabih, Lafaz, Pembelajaran

Abstract

There are challenges and difficulties in memorizing the Quran and therefore it requires an effective and systematic method to facilitate students to memorize as well to retain the Quran. Among the biggest challenge faced by a student is to remember the mutashabih lafaz verses which appear to be similar to one another. The difficulty in memorizing and remembering the mutashabih lafaz verses requires specific teaching and learning methods from the institutions of tahfiz, teachers and students. Therefore, the objective of the study is to identify the methods and implementation of teaching among tahfiz lecturers and teachers on the mutashabih lafaz verse, by making Darul Quran Jakim and Department of al-Quran and al-Qiraat, KUIS as research locations. This study was developed based on qualitative method using semi structured interviews as research instrument. Two experienced tahfiz teachers from each institution were selected as participants. The study found that the quality of memorization of mutashabih lafaz verses among students is weak and there is also no specific teaching method to overcome the problem.


Abstrak

Menghafaz al-Quran mempunyai cabaran dan kesukaran yang memerlukan kepada kaedah hafazan yang berkesan dan bersistematik bagi membantu dan memudahkan proses menghafaz dan menjaganya dari lupa. Di antara cabaran terbesar yang dihadapi oleh penghafaz al-Quran adalah mengingati ayat–ayat mutashabih lafaz, iaitu ayat-ayat al-Quran yang sama atau hampir sama dari sudut lafaznya. Kesukaran dalam menghafaz dan mengingati ayat-ayat mutashabih lafaz ini menuntut kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran khusus sama ada dari pihak institusi tahfiz, guru dan juga pelajar. Justeru, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti kaedah dan perlaksanaan pengajaran di kalangan pensyarah dan guru kursus tahfiz al-Quran terhadap hafazan ayat mutashabih lafaz, dengan menjadikan Darul Quran Jakim dan Jabatan al-Quran dan al-Qiraat KUIS sebagai lokasi kajian. Kajian ini dibina berdasarkan metodologi kualitatif yang menggunakan kaedah temubual separa berstruktur sebagai instumen kajian. Dua orang guru tahfiz berpengalaman daripada setiap institusi dipilih sebagai peserta kajian. Kajian ini mendapati bahawa tahap penguasaan hafazan ayat mutashabih lafaz dalam kalangan pelajar adalah lemah dan tiada kaedah pengajaran yang khusus bagi menangani permasalahan tersebut.

Author Biographies

Abd Muhaimin Ahmad, Pensyarah Kanan

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Muhammad Hafiz Saleh, Pensyarah Kanan

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Muhammad Arif Musa, Pensyarah Kanan

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Norakyairee Mohd Raus, Pensyarah Kanan

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Khairul Anuar Muhammad, Profesor Madya

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Published
2019-02-04
How to Cite
Ahmad, A. M., Saleh, M. H., Musa, M. A., Mohd Raus, N., & Muhammad, K. A. (2019). Kaedah Pengajaran Hafazan Ayat Mutashabih Lafaz: Kajian Di Darul Quran JAKIM Dan Jabatan Al-Quran Dan Al-Qiraat KUIS. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 13(2). Retrieved from http://al-qanatir.com/index.php/qanatir/article/view/154