Elemen Kerelaan Dan Penetapan Had Umur Remaja Permpuan Dalam Undang-Undang Rogol Statutori Di Malaysia: Analisis Dari Perspektif Syariah

Consent Issue And Determination Of Girls Age In Malaysia Statutory Rape Law: An Analysis From Shariah Perspective

  • Nur Aina Abdulah Pelajar Doktor Falsafah
  • Sayed Sikandar Shah@Haneef Profesor
Keywords: Kerelaan, Umur, Rogol, Statutori, Syariah

Abstract

The statutory rape under section 375 (g) of the Malaysian Penal Code refers to the intercourse of a man with a woman under the age of 16 either by the consent of the woman or without her consent. It is also known as underage rape where the element of the woman's consent is considered immaterial in law. However, based on the statistics and reports obtained from the Royal Malaysian Police (PDRM), the vast majority of these statutory rape cases are voluntary and consensual sexual intercourse between teenage couples, supposedly based on love. In fact, according to reports, the age limit of adolescent girls involved in this voluntary sex activity is around 13 to 15 years old, with a majority of whom are Muslim. Hence, it raises questions that need to be considered from the Shariah point of view. This paper aims to examine the consent issue (concept of willingness) and the age limit of adolescent girls contained in statutory rape laws from a perspective of Shariah perspective. A qualitative approach with content analysis study design is used as a methodology of this study. Secondary data that is the law and classical and contemporary Fiqh law has been used in the collection of research data. It is also supported by statistical data obtained directly from interviews with PDRM officers. The data were analyzed thematic and assisted by Atlas.ti software as facilitator tool. The findings show that consent issue and age limits of the girls in statutory rape laws in Malaysia are less relevant to today's developments, even less in accordance with Shariah principles. Therefore, proposals are proposed to harmonize this statutory rape law with Shariah principles for the sake of well-being and to preserve the dignity of women and to care for the offspring (hifz al-nasl).


Abstrak
Rogol statutori di bawah seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan Malaysia adalah merujuk kepada persetubuhan seorang lelaki dengan seorang perempuan di bawah umur 16 tahun sama ada dengan kerelaan perempuan tersebut ataupun tanpa kerelaannya. Ia juga dikenali sebagai rogol bawah umur yang mana elemen kerelaan perempuan tersebut dianggap tidak penting di sisi undang-undang. Walau bagaimanapun, berdasarkan statistik dan laporan yang diperoleh dari pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM), majoriti besar daripada kes rogol statutori ini adalah merupakan kes persetubuhan suka sama suka yang dilakukan secara sukarela antara pasangan remaja, kononnya atas dasar cinta. Malah, menurut laporan, had umur remaja perempuan yang terlibat dalam aktiviti seks sukarela ini adalah sekitar 13 hingga 15 tahun yang majoriti besarnya terdiri daripada mereka yang beragama Islam. Oleh yang demikian, ia menimbulkan seribu satu persoalan yang perlu difikirkan dari sudut Syariah. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji konsep kerelaan dan had umur remaja perempuan yang terkandung dalam undang-undang rogol statutori dari sudut perspektif Syariah. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian analisis kandungan digunakan sebagai metodologi kajian ini. Data sekunder iaitu peruntukan undang-undang dan kitab klasik serta kontemporari Fiqh telah digunakan dalam pengumpulan data kajian. Ia juga disokong oleh data statistik yang didapati secara langsung daripada temu ramah dengan pegawai PDRM. Data dianalisis secara tematik dan dibantu oleh perisian Atlas.ti sebagai alat pemudah cara. Hasil kajian menunjukkan bahawa elemen kerelaan dan had umur remaja perempuan dalam undang-undang rogol statutori di Malaysia adalah kurang relevan lagi dengan perkembangan zaman pada masa kini, malah kurang menepati prinsip Syariah. Oleh itu, cadangan diusulkan untuk mengharmonikan undang-undang rogol statutori ini dengan prinsip Syariah demi kesejahteraan dan memelihara maruah wanita serta menjaga keturunan (hifz al-nasl).

Author Biographies

Nur Aina Abdulah, Pelajar Doktor Falsafah

Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliah Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Sayed Sikandar Shah@Haneef, Profesor

Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliah Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Published
2019-02-04
How to Cite
Abdulah, N. A., & Shah@Haneef, S. S. (2019). Elemen Kerelaan Dan Penetapan Had Umur Remaja Permpuan Dalam Undang-Undang Rogol Statutori Di Malaysia: Analisis Dari Perspektif Syariah. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 13(2), 61-69. Retrieved from http://al-qanatir.com/index.php/qanatir/article/view/155