Al-Hikmah Rethorical Da’wah Through Gentle Method In "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" Novel Written By HAMKA

Retorik Dakwah Al-Hikmah Menerusi Kaedah Lembut Dalam Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Karya HAMKA

  • Wan Sofiah Wan Ahmad Pelajar Sarjana
  • Zulkefli Aini Pensyarah Kanan
Keywords: Da’wah, rethoric, al-hikmah, novel, Hamka

Abstract

Al-hikmah is one of the da’wah rhetorical approach which is most important in Islam based on surah An-Nahl verse 125. However, preachers now seen less use the appropriate approach for the target peoples. The research aims to study the da’wah rhetorical al-hikmah through soft methods in the famous novel  written by Hamka. This study uses qualitative methods that use the form based on analysis the contents from books, journals, articles and existing writing. This study focuses only one method in al-hikmah rhetorical preaching that use soft method in the novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck written by Hamka. The study found rhetorical da'wah al-hikmah through gentle method  20 times, the form of  encouragement examples “come on”, “must” and “better”are used 5 times and the form of earns examples “hopefully” and “ perhaps” are used 15 times.


Abtrak
Al-hikmah merupakan salah satu pendekatan retorik dakwah yang paling utama dianjurkan dalam Islam berdasarkan surah An-Nahl ayat 125. Walau bagaimana pun, pendakwah masa kini dilihat kurang menggunakan pendekatan yang sesuai untuk golongan sasaran dakwahnya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji retorik al-hikmah melalui kaedah lembut  yang terdapat dalam novel terkenal karya Hamka. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang menggunakan bentuk analisis kandungan berdasarkan kajian yang diperoleh dari buku-buku, jurnal, artikel dan kajian ilmiah. Kajian ini memfokuskan kepada satu kaedah sahaja dalam retorik dakwah al-hikmah iaitu kaedah lembut dari aspek bahasa penulisan dalam terhadap novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka. Hasil kajian mendapati retorik dakwah al-hikmah menerusi kaedah lembut berjumlah 20 kali iaitu, bentuk dorongan seperti “marilah”,”haruslah” dan “lebih baik” adalah sebanyak 5 kali dan bentuk ganjaran seperti ”moga-moga” dan ”mudah-mudahan” adalah sebanyak 15 kali.

 

Author Biographies

Wan Sofiah Wan Ahmad, Pelajar Sarjana

Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) 

Zulkefli Aini, Pensyarah Kanan

Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia

Published
2018-12-28
How to Cite
Wan Ahmad, W. S., & Aini, Z. (2018). Al-Hikmah Rethorical Da’wah Through Gentle Method In "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" Novel Written By HAMKA. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 13(1), 1-13. Retrieved from http://al-qanatir.com/index.php/qanatir/article/view/180