Shariah Cooperative Concept: A Literature Review

Konsep Koperasi Patuh Syariah: Satu Tinjauan Literatur

  • Asma Sorfina Surkery Master UKM
  • Salmy Edawati Yaacob Assoc. Prof.
Keywords: Concept, Shariah, Cooperative, Guidelines, Governance

Abstract

In today's modernization era, Muslims are increasingly keen to participate in Islamic economics and finance. This led to the growth of various Islamic financial institutions such as the banking and takaful industry. This development also took place in cooperative institutions. The cooperative body which has been established in Malaysia since the 70's has indeed undergone various changes until the establishment of the Malaysian Cooperative Commission (SKM). The SKM has strived to strengthen sharia principles in the co-operative by issuing the Syariah Governance Guidelines (GP28) which enforced sharia governance in the cooperative sector. However, the question arises as to how GP28 is to conform to the concept of cooperatives that comply with the principles of sharia. This paper will cover studies on co-operative governance as well as the guidelines set out in GP28. This study is qualitative by taking the approach of analyzing the data and making a bibliography study. The outcome of the study found that GP28 required some improvements as there were some things to be added to make a sharia-compliant cooperative. The study also found that the governance that is being carried out in the current cooperative body does not conflict with the syariah principles outlined in GP28. This study is important to create awareness among members and cooperative staff to understand the principles of sharia in the cooperative.

Abstrak

Pada era modenisasi kini, umat Islam semakin berminat untuk berkecimpung di dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam. Ini sekaligus menyebabkan pertumbuhan pelbagai institusi  kewangan Islam seperti industri perbankan dan takaful. Perkembangan ini juga turut berlaku di dalam institusi koperasi.  Badan koperasi yang telah bertapak di Malaysia sejak era 70 an sememangnya telah mengalami pelbagai perubahan sehingga tertubuhnya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Pihak SKM telah berusaha mengukuhkan prinsip syariah di dalam koperasi dengan mengeluarkan Garis Panduan Tadbr Urus Syariah (GP28) yang menguatkuasa tadbir urus syariah dalam sektor koperasi. Namun, timbul persoalan sejauh manakah GP28 ini menepati konsep koperasi yang mematuhi prinsip – prinsip syariah. Kertas kerja ini akan meliputi kajian berkaitan tadbir urus koperasi serta garis panduan yang telah ditetapkan di dalam GP28.  Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan menganalisis data dan membuat kajian kepustakaan. Hasil daripada kajian mendapati bahawasanya GP28 memerlukan kepada beberapa penambahbaikan kerana terdapat beberapa perkara yang perlu ditambah untuk menambahbaik lagi koperasi yang sedia ada menjadi institusi koperasi patuh syariah. Kajian juga mendapati tadbir urus yang dijalankan di badan koperasi pada masa kini tidak bertentangan dengan prinsip syariah yang digariskan di dalam GP28. Kajian ini penting bagi memberi kesedaran kepada ahli dan juga staf koperasi untuk memahami prinsip – prinsip syariah di dalam koperasi.

Author Biography

Salmy Edawati Yaacob, Assoc. Prof.

Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah, Fakuti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Published
2019-05-06
How to Cite
Surkery, A., & Yaacob, S. E. (2019). Shariah Cooperative Concept: A Literature Review. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 15(1), 1-10. Retrieved from http://al-qanatir.com/index.php/qanatir/article/view/202