Analysis Of Allantoin Sources From Shariah Perspective In Cosmetic Product

Analisis Hukum Ramuan Allantoin Dalam Produk Kosmetik

  • Nahidah Mat Nor Pelajar Sarjana
  • Siti Hajar Mohd Zaid Pelajar Sarjana
  • Mustafa Mat Jubri Shamsuddin Pensyarah
  • Mohammad Aizat Jamaludin Pensyarah
Keywords: Allantoin, Al-Istihalah, Al-Ihtiyat, Cosmetic, Urea

Abstract

Variety of ingredients such as allantoin, urea, hyaluronan and alcohol that are being used in cosmetic products require some Islamic jurisprudence rulings in it. There are few instruments of determining the permissible (halal) and prohibited (haram) of ingredients in the field of Islamic jurisprudence such as al-Istihalah (transformation), al-Ihtiyat (prevention) and al-Istihlak (decomposition). However, this research focuses on the instruments of al-Istihalah and al-Ihtiyat in the usage of allantoin. Allantoin is commonly used as ingredient in various cosmetic products. Allantoin is botanically sourced and it is retrieved from plants, bacteria and urea of mammals. However, there are few verdicts regarding the use of allantoin as it is usually retrieved from two different sources, plants and urea. Allantoin is not widely being studied from the perspective of Islamic jurisprudence ruling. Hub Halal, Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) itself however has issued a decree that allantoin is a critical ingredients that need special certification from the industry itself. Thus, this research purposes to re-investigate the verdicts of conventional and contemporary scholars about the usage of anything that are extracted from unclean (najs) sourcesĀ  in cosmetic products. The questions of the research is to find Islamic jurisprudence rulings that are included in allantoin and whether al-Istihalah is accepted in the process of allantoin making. This research is conducted by library research and interviews with the specialist in the field of science and halal research. Library research conducted to analyze the study of the jurisprudence from the conventional and contemporary scholars about al-Istihalah. While, the interviews are being conducted to identify in-depth on al-Istihalah from science perspective. Research suggesting a higher standard in the selection of ingredients in cosmetic products and choosing ingredients that are free from element of doubt as the Muslim consumers can use it with certainty (yaqeen).

Abstrak

Variasi ramuan yang digunakan dalam produk kosmetik seperti allantoin, urea, hyaluronan dan alkohol memerlukan penentuan hukum terhadapnya. Terdapat beberapa instrumen penentuan hukum halal haram dalam disiplin ilmu fiqh seperti al-Istihalah (perubahan), al-Ihtiyat (pencegahan) dan al-Istihlak (penguraian). Kajian ini hanya memfokuskan kaedah al-Istihalah dan al-Ihtiyat terhadap ramuan kosmetik daripada allantoin. Allantoin merupakan suatu bahan yang biasa digunakan dalam produk kosmetik. Allantoin berasal daripada sumber botani iaitu tumbuh-tumbuhan, bakteria dan juga air kencing daripada haiwan mamalia. Timbul keraguan pada status penggunaannya kerana terdapat dua hukum yang berbeza pada sumbernya. Namun begitu, kajian dalam hukum penggunaan allantoin dalam produk kosmetik masih belum dibincangkan dari perspektif fiqh secara terperinci. Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menjelaskan bahawa allantoin juga merupakan kategori ramuan kritikal yang memerlukan pengesahan halal daripada pihak industri itu sendiri. Oleh itu, kajian ini adalah untuk meneliti kembali pandangan fuqaha terdahulu dan kontemporari terhadap penggunaan ekstrak sebarang bahan yang dikategorikan sebagai najis dalam produk kosmetik. Kajian ini menimbulkan persoalan hukum terhadap allantoin dan penentuannya samada dapat diterima sebagai istihalah atau sebaliknya. Dari sudut metodologi kajian pula, kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan temu bual bersama pakar dalam bidang sains. Dari sudut metodologi kajian pula, kajian kepustakaan dilakukan bagi merujuk kepada pendapat fuqaha terdahulu dan kontemporari berkaitan dengan Istihalah. Manakala, kajian temu bual pula adalah bertujuan untuk mengetahui kaedah istihalah dari persepektif sains. Justeru itu, kajian ini mencadangkan penetapan standard yang lebih teliti dalam penggunaan bahan-bahan pembuatan kosmetik agar tidak terdapat unsur-unsur yang haram digunakan oleh umat Islam kerana tidak dinafikan penggunaan kosmetik juga diamalkan secara meluas oleh pengguna Islam di Malaysia.

Author Biographies

Nahidah Mat Nor, Pelajar Sarjana

Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemasyarakatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Siti Hajar Mohd Zaid, Pelajar Sarjana

Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemasyarakatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Mustafa Mat Jubri Shamsuddin, Pensyarah

Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemasyarakatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Mohammad Aizat Jamaludin, Pensyarah

Institut Penyelidikan dan Latihan Halal Antarabangsa (INHART), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Published
2019-06-18
How to Cite
Mat Nor, N., Mohd Zaid, S. H., Shamsuddin, M. M. J., & Jamaludin, M. A. (2019). Analysis Of Allantoin Sources From Shariah Perspective In Cosmetic Product. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 15(1), 23-37. Retrieved from http://al-qanatir.com/index.php/qanatir/article/view/213