Thematic Analysis On The Necessity Of Hibah Law In Malaysia

Analisis Tema Terhadap Keperluan Undang-Undang Hibah Di Malaysia

  • Mohd Khairy Kamarudin Pensyarah
  • Norlela Zaman Pensyarah Kanan
  • Rosamiza Meor Razak Pensyarah Kanan
Keywords: Hibah, Courts, Law, Inheritance, Industry

Abstract

Hibah has been practiced since the independence of Malaya in 1957. To date, it has been practised by the public and results in many cases of hibah being adjudicated in courts. Hence, the amendments to the existing laws related to hibah have been widely proposed by academicians and  industry players of inheritance planning. However, the study of urgencies for the amendments to the laws is still lacking. Thus, this study was initiated to identify the necessities of hibah law in Malaysia by conducting semi-structured interviews with hibah experts. A total of six hibah experts were choosen based on purposive sampling method and they consist of three academicians and three industry players. The interviews were analyzed using Atlas.ti version 7 and thematic analysis was applied to obtain potential themes for the necessities of the hibah law amendments. This study discovered two key themes that illustrate the necessities of hibah law in which they are hibah law as ‘Guidelines’ and ‘Constraints’. ‘Guidelines’ refers to hibah procedures and jurisprudence related to hibah in the form of Civil and Shariah laws. Procedures in the form of Civil refer to the National Land Code 1965 while hibah jurisprudence refers to the pillars and conditions of hibah. Furthermore, ‘Contraints’ refers to the status of hibah land. There are two main land status, ‘Agriculture’ status and FELDA land that restrict the number of ownership to those types of land. This paper recommends that hibah law needs to be amended by harmonizing Civil and Shariah laws, taking into account the constraints inherited in the existing laws.

Abstrak

Hibah telah diamalkan sejak sebelum kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957. Sehingga kini, amalan hibah telah dipraktikkan oleh orang ramai sehingga mengakibatkan terdapat banyak kes hibah dibicarakan di mahkamah. Oleh itu, pindaan undang-undang berkaitan hibah telah banyak dicadangkan oleh ahli- ahli akademik dan pemain industri perancangan pusaka. Namun kajian berkaitan keperluan terhadap pindaan undang-undang tersebut masih kurang dijalankan. Oleh itu, kajian mengenalpasti keperluan undang-undang hibah di Malaysia dengan menjalankan temu bual separa berstruktur bersama pakar- pakar hibah. Seramai enam orang pakar hibah yang dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan yang terdiri daripada tiga orang ahli akademik dan tiga orang pemain industri. Hasil temu bual dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti versi 7 dan analisis tema diaplikasikan untuk mendapatkan tema bagi keperluan pindaan undang-undang hibah dipinda. Kajian ini mendapati dua tema utama yang menunjukkan keperluan undang-undang hibah iaitu undang- undang sebagai ‘Garis panduan’ dan ‘Kekangan’. ‘Garis panduan’ merujuk kepada prosedur urusan hibah dan hukum-hukum yang terkait berkaitan hibah dalam bentuk Sivil dan Syariah. Prosedur dalam bentuk Sivil ialah merujuk kepada Kanun Tanah Negara 1960 manakala hukum hibah merujuk kepada rukun dan syarat amalan hibah. Manakala ‘Kekangan’ merujuk kepada status tanah yang dihibahkan. Terdapat dua status tanah yang utama iaitu tanah berstatus ‘Pertanian’ dan tanah rancangan FELDA yang menyekat bilangan pemilik terhadap pemilikan tanah berkenaan. Kajian ini mencadangkan supaya undang-undang hibah perlu dipinda dengan mengharmonikan undang-undang Sivil dan Syariah, dan mengambil kira kekangan yang terdapat dalam undang- undang sedia ada.

Author Biographies

Mohd Khairy Kamarudin, Pensyarah

Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan

Norlela Zaman, Pensyarah Kanan

Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah

Rosamiza Meor Razak, Pensyarah Kanan

Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Published
2019-09-27
How to Cite
Kamarudin, M. K., Zaman, N., & Meor Razak, R. (2019). Thematic Analysis On The Necessity Of Hibah Law In Malaysia. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 16(1), 1-13. Retrieved from http://al-qanatir.com/index.php/qanatir/article/view/217