The Reason Of Jama' Prayer From The Views Of Four Schools Of Thought

Ta’lil Jamak Solat Mengikut Pandangan Empat Mazhab

  • Hanan Ahmad Sukri Calon Sarjana
  • Nurul Ilyana Muhd Adnan Pensyarah Kanan
Keywords: Reason, Jama‘, Prayer, Traffic, Madhhab

Abstract

Prayer is an obligation where every Muslim need to perform no matter they are. However, there was a rukhsah given by Allah S.W.T to His servants who are in difficulty or hardship. This study focuses on the implementation of Jama' prayer during emergencyby observing at the situation taht arisen today, especially in Malaysia. While, there is inconvenience which caused a Muslim cannot perform prayer on time. Among the issues that arise today are tarffic congestion, especially during peak hours in the afternoon, between the prayer time of the Asar and Maghrib, this causes those who are involved in traffic congestion cannot perform the prayer on the time. This issue is highly in concern bacause according to Islamic shariah, prayer should be perfomed by Muslim no matter what the circumstances is. Therefore previous scholars have mutual consent discussing this issue even in the past there was no traffic congestion, but there are various circumstances which is allowed to combine between two prayer (Jama'). Hence, this study is done firstly, to analyze emerging issues which lead a mukallaf having a barrier to perform the prayer on time. Secondly to study the views of the earlier scholars of the Jurisprudence of Hanafi, Maliki, Syafie and Hanbali. This research will use document analysis methods and it is based on the main references from al-Quran, hadith and four school of thought, fiqh books and also by reviewing the relevant journal. Among the Islamic Jurisprudents books used in this study are Al-Wastih Fi Mazahib, Al-Muhhazzib Fiqh Imam Assyafie, Al-Raudhu Al-Murabai, Al-Madunah Al-Kubra, and some other jurisprudence. The findings are analysed through descriptive analysis. The authors have found that according to the Hanafi sect, combining prayers is only permissible to Haji pilgrims while they are in Arafah and Muzdalifah. However according to the Jumhur it is permissible to jama' prayers due to harm and difficulty such as during tarvelling, heavy rain sickness.

Abstrak
Solat merupakan tuntutan yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam tidak kira dimana mereka berada. Akan tetapi, terdapat keringanan iaitu rukhsah yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya yang sedang berada di dalam kesulitan. Kajian ini menfokuskan kepada palaksanaan solat jamak ketika mempunyai kesukaran dengan melihat keadaan yang berlaku pada hari ini, terutamanya di negara Malaysia. Di mana, timbulnya kesulitan yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat melaksanakan solat pada waktunya. Antara permasalahan yang muncul pada hari ini antaranya, berlaku  kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu-waktu kemuncak seperti waktu petang, diantara waktu asar sehingga masuknya waktu maghrib, hal ini menyebabkan mereka yang terlibat dalam kesesakan jalan raya tidak dapat menunaikan solat asar pada waktunya. Oleh itu, perkara ini membimbangkan kerana solat adalah tuntutan yang perlu dilaksanakan walau dalam keadaan apa pun. Seperti yang diketahui, ulama-ulama terdahulu telah bersepakat membincangkan masalah-masalah seperti ini walaupun pada zaman dahulu tiada kesesakan jalan raya akan tetapi  terdapat pelbagai keadaan yang dibenarkan untuk mengumpul solat. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis isu-isu yang muncul dan menyebabkan seseorang mukallaf itu mempunyai kesukaran atau kesesakan waktu untuk melaksanakan solat pada waktunya dan melihat kepada pandangan ulama-ulama fekah terdahulu iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie  dan Mazhab Hanbali. Kajian ini menggunakan kaedah penganalisian data dan ia berdasarkan kepada rujukan utama dari al-quran, hadis, kitab-kitab fekah keempat-empat mazhab serta beberapa jurnal yang berkaitan. Antara kitab-kitab fekah yang digunakan di dalam kajian ini ialah al-Wasith Fi al-Mazhab, al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafi'i, al-Rawd al-Murbi', al-Mudawwanat al-Kubra dan beberapa kitab fekah yang lain. Hasil kajian dianalisis secara deskriptif, penulis telah mendapati bahawa mengumpul solat hanya dibenarkan bagi para yang menunaikan haji di Arafah dan di Muzdalifah ini ialah menurut mazhab Hanafi, tetapi menurut jumhur membolehkan untuk jamak solat disebabkan terdapat kemudaratan dan kesulitan seperti bermusafir, hujan dan sakit.

Author Biographies

Hanan Ahmad Sukri, Calon Sarjana

Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malasysia.

Nurul Ilyana Muhd Adnan, Pensyarah Kanan

Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Published
2020-01-07
How to Cite
Ahmad Sukri, H., & Muhd Adnan, N. I. (2020). The Reason Of Jama’ Prayer From The Views Of Four Schools Of Thought. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 17(1), 16-28. Retrieved from http://al-qanatir.com/index.php/qanatir/article/view/224