Treatment Of Toxins In The Body Through Cupping Therapy According To Ibn Qayyim Al-Jawziyyah
Rawatan Racun Dalam Badan Melalui Terapi Bekam Menurut Ibn Qayyim Al-Jawziyyah
Keywords:
Treatment, Cupping, Therapy, Toxins, Ibn QayyimAbstract
Cupping therapy is an ancient treatment gaining popularity among the Malaysian community. This is evidenced by the emergence of treatment centers offering cupping therapy as an alternative treatment for diseases. Generally, cupping is used to treat physical ailments such as pain, gout, high blood pressure, and cholesterol. In addition to treating physical illnesses, cupping is also capable of treating diseases caused by toxins. This was mentioned by Ibn Qayyim, an Islamic scholar who lived in the 13th century AD and contributed extensively to various fields including medical science from an Islamic perspective. In his book "Tibb al-Nabawi," he explained that cupping can treat toxins in the human body just as the Prophet Muhammad SAW did. Therefore, this study was conducted to understand how the process of cupping therapy treats toxins in the body as described by Ibn Qayyim in his book "Tibb al-Nabawi." The methodology used in this study is document analysis, analyzing Ibn Qayyim al-Jawziyyah's book "Tibb al-Nabawi" and articles and books related to cupping therapy for toxin treatment. The results of this study indicate that toxins can be removed from the human body by cupping at specific locations such as the shoulder area as indicated by the Prophet SAW. The shoulder area is chosen for cupping because the cupping point on the shoulder is the closest to the heart organ where the toxin is located. Therefore, comprehensive research from both theoretical and practical aspects should be conducted to obtain more accurate and in-depth findings regarding the ability of cupping therapy to treat toxins in the body.
Abstrak
Terapi bekam merupakan rawatan kuno yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini dibuktikan dengan percambahan pusat-pusat rawatan yang menyediakan terapi bekam sebagai salah satu alternatif merawat penyakit. Umumnya, bekam digunakan sebagai rawatan penyakit-penyakit fizikal seperti nyeri, gout, darah tinggi dan kolesterol. Selain daripada merawat penyakit fizikal, bekam juga mampu merawat penyakit yang berpunca daripada racun. Hal ini disebutkan oleh Ibn Qayyim, seorang cendekiawan Islam yang hidup pada abad ke 13 Masihi yang banyak menyumbang karya penulisan dalam pelbagai bidang termasuk ilmu perubatan daripada perspektif Islam. Dalam kitab karangan beliau Tibb al-Nabawi, beliau menjelaskan bahawa bekam mampu merawat racun dalam badan manusia seperti mana yang dilakukan oleh baginda Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, penulisan ini adalah untuk mengkaji bagaimana proses terapi bekam bagi merawat racun dalam badan yang disebut oleh Ibn Qayyim dalam kitab Tibb al-Nabawi. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen iaitu menganalisis kitab Tibb al-Nabawi karangan Ibn Qayyim al-Jawziyyah dan artikel-artikel serta buku-buku yang berkaitan dengan terapi bekam merawat racun. Hasil kajian ini menyatakan racun boleh dikeluarkan daripada badan manusia dengan berbekam pada tempat-tempat tertentu seperti pada kawasan bahu yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Kawasan bahu menjadi tempat pembekaman kerana titik bekam pada bahu adalah titik yang terdekat dengan organ jantung di mana racun tersebut berada. Oleh yang demikian, kajian secara menyeluruh dari segi teori dan praktikal harus dilakukan bagi mendapat dapatan yang lebih tepat dan mendalam berkaitan kemampuan terapi bekam merawat racun dalam badan.
Downloads
References
Buku
Ab, A. S. I., Mujahid, B., & Suhaily, M. H. (2015). Hayati Sunnah Nabi Saw., Sains Bekam, Ar-Risalah Production SDN. BHD.
Abdurrazzaq. (1970). Al-Mushannaf. Beirut.
Ahmad Farid. (2006). 60 Biografi Ulama Salaf. Pustaka al-Kausar
Ahmad, R. S. (2012). Penyakit dan terapi bekamnya dasar-dasar ilmiah terapi bekam. THIBBIA.
Aiman Al-Husaini. (2005). Bekam Mukjizat Pengubatan Nabi Saw. Pustaka Azzam.
al-Bukhari. (1980). Al-Jami’ al-Sahih. Matba’ah al-Salafiah.
Amr, R., & Muhammad, S. K.(2021). Panduan Bekam Bergambar. Zam-Zam Mata Air Ilmu.
Amran, K. (2002). Tanda sihir & kekuatan roh untuk mengatasinya. Percetakan Watan.
Asar, A. K., Saifullah, Y., & Farawahida,O.(2023). Panduan Pengubatan Bekam Hijamah. Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.
Bakr, A. A. Z. (1423H). Ibn Qayyim al-Jawziyyah: Hayatuh Wa Atharuh Wa Mawariduh. 2nd ed. Kaherah: Darul al-Asimah.
Flori, R.S. (2018). Bekam kenabian : Dalam Tinjauan Kedokteran Berbasis Bukti Dalam Flori Ratna Sari & Eng. Saiful Anwar (Eds.), Bekam Sebagai Kedokteran Profetik Dalam Tinjauan Hadis Sejarah Dan Kedokteran Berbasis Bukti (pp.23). Rajawali Pers.
Hisham, T. (2013). Ensiklopedia Mukjizat al-Quran dan Hadis. Sapta Books.
Ibn Hajar. (1972). Al-Durar al-Kaminah fi A’yan al-Mi’ah al-Thaminah. (2nd ed.). Matba’ah Dairah al-Maarif.
Ibn Kathir. (2018). Al-Bidayah wa al-Nihayah. Darul Ibn Kathir.
Ibn Manzhur. (tt). Lisanul Al-Arabi. Darul al-Maa’rif.
Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (2004). Tib Al-Nabawi.Darul Hadis.
Ibn Rajab, Zayn al-din Abu al-Farj Abd al-Rahman b. Shihab al-Din Ahmad al-Baghdadi. (2005). Al-Dhayl ‘ala Thabaqat al-Hanabilah. (5nd ed.). Maktabah Obekan.
Iyan, S. (2017). Hidup Sehat Dengan Detoks. Diandra Pustaka Indonesia.
Jabatan Pertanian Malaysia.(2017). Panduan penggunaan racun perosak bagi tanaman tertentu. Bahagian Kawalan Racun Perosak, Jabatan Pertanian Malaysia.
John, D. G. (2019). Malay Poisnons and Charm Cures. Silverfish Books Sdn Bhd.
Mansyur, H.M. Laily. (1999). Ajaran Dan Teladan Para Sufi. PT Raja Grapindo Persada.
Milfi bin Hasan Al-Walidi Asy-Syihri. (2006). Al-Hijamah Ilm Wa Syifa’.darul al-Muhaddisin lil Tahqiqoti al-Ilmiah wa an-Nasyr
Muslim. (2006). Shaheh Muslim. Darul Thaibah.
Noresah, B., Ibrahim, A., Mohd, N.A.G., & Rusli, A.G. (2005). Kamus Dewan (4th ed.). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norhaimanshah (2022). Teknik kawalan penyakit dan perosak dan teknik kawalan rumpai. Universiti Putra Malaysia.
Wadda’, A. U. (2017). Sembuh Dengan Satu Titik. al-Qowwam.
Wahyudi,W., Aulia, A., Ita, W. Aris, S, Dhian, L.R., Yugi, H.C.P., & Apriza. (2023). Terapi bekam untuk kesihatan. CV MEDIA SAINS INDONESIA
Wan, N. A., Mohd, R., & Nur, E. (2022). Panduan asas pembajaan. Politeknik Jeli Kelantan.
Yuli, D., Lia, L., & Darmanshah.(2019). Industri Proses Kimia. Pusaka Media.
Disertasi
Hamzaimi, A. (2019). Model Amalan Bekam Dalam Masyarakat Melayu. Unpublished doctoral dissertation. Universiti Teknologi Malaysia.
Syafiya, K. (2018). Terapi Hijamah (Bekam) Menurut Pendekatan Sejarah Dan Sunnah. (No. Penerbitan. 4223) [Tesis Master Universitas Islam Negeri Sumatera Utara Medan.]. Repository UINSU.
Jurnal
Mohd, Y. Ahmad, N. Ismail, Nik, R., & Mokhtar. (2022). Kesan dan amalan santau dalam budaya masyarakat Nusantara. ANP Journal of Social Science and Humanities, 3 (1) 17-29
Mohd, N. S., & Shuhairimi, A. (2013). Santau dan Masyarakat Melayu: Analisis dari perspektif akidah Islam. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 6(2), 231-233.
Laman Sesawang
Muhammad, I. A. M. (1996, Mei 18). Hindari bahaya keracunan gas. https://prn.usm.my/index.php?option=com_content&view=article&id=618:hindari-bahaya (diakses pada 22 Januari 2024)
Mohd, F. M. Y., & Ahmad, T. M. N. (2012, April 25). Keracunan. http://www.myhealth.gov.my/keracunan-2/ (diakses pada 22 Januari 2024)
Siti, A. F. (2014, Jun 11). Ubatan Tradisional yang dicampur racun. http://www.myhealth.gov.my/ubat-tradisional-yang-dicampur-racun/ (diakses pada 22 Januari 2024)
Haliza, A. R. (2020, September 23). Karbon monoksida, gas bertoksik yang membunuh. Bernama. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1882121 (diakses pada 22 Januari 2024)
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Muhammad Hafiz Rosli , Muhammad Yusri Yusof @ Salleh , Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.