Analysis Of Waqf Land Area In Terengganu

Analisa Keluasan Tanah Wakaf Di Negeri Terengganu

Authors

  • Siti Nurul Jannah Mohamad Zaki Pelajar Sarjana
  • Mohd Zamro Muda Pensyarah Kanan

Keywords:

Waqf, Land, Development, MAIDAM, Terengganu

Abstract

Wakaf is a permanent and continuous welfare contribution that can generate the development of the country such as economic, social, educational, medical, entrepreneurial and other development. Therefore, the development of waqf properties should be streamlined and planned systematically so that various benefits can be enjoyed by all Muslims. This study successfully fulfilled the objective requirements of the study which is needed to analyze waqf land area in the state of Terengganu.  Among the aspects seen in this study are the type of waqf made by the financier, the management that has been implemented by Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) in managing waqf land in the state of  Terengganu as well as the approach used by MAIDAM in dealing with problems and crises arising in relation to waqf properties. This study focuses on waqf land in the state of  Terengganu only using a qualitative study method based on content analysis and semi-structural interviews with waqf and General Resources officers of MAIDAM. The results  of this study are based on the year of study in 2020 and from this study, it was found that the lands involved in the development in the state of Terengganu have two types, namely general waqf and special waqf.

Abstrak
Wakaf merupakan sumbangan kebajikan secara kekal dan berterusan yang mampu menjana pembangunan negara seperti pembangunan ekonomi, sosial, pendidikan, perubatan, keusahawanan dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, pembangunan hartanah wakaf perlu diperkemas dan dirancang secara sistematik agar pelbagai manfaat dapat dinikmati oleh semua umat Islam. Kajian ini berjaya memenuhi kehendak objektif kajian yang diperlukan iaitu untuk menganalisa keluasan tanah wakaf di negeri Terengganu. Antara aspek yang dilihat dalam kajian ini adalah jenis wakaf yang dibuat oleh pewakaf, pengurusan yang telah dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) dalam menguruskan tanah wakaf di negeri Terengganu serta pendekatan yang digunakan oleh pihak MAIDAM dalam menangani masalah dan krisis yang timbul berkaitan dengan hartanah wakaf. Kajian ini memfokuskan kepada tanah wakaf di negeri Terengganu sahaja dengan menggunakan kaedah kajian kualitatif yang berasaskan analisis kandungan dan temu bual separa struktur bersama pegawai Wakaf dan Sumber Am MAIDAM. Hasil kajian ini adalah berasaskan kepada tahun kajian pada 2020 dan daripada kajian ini didapati tanah-tanah yang terlibat dalam perwakafan di negeri Terengganu ada dua jenis iaitu wakaf am dan wakaf khas.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Siti Nurul Jannah Mohamad Zaki, Pelajar Sarjana

Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mohd Zamro Muda, Pensyarah Kanan

Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

References

Buku

Ibn Manzur, Muhammad Ibn Mukarram. 1990. Lisan al-‘Arab. Beirut: Dar Sadir.

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM). 2020. Laporan Tahunan MAIDAM 2018 & 2019. Kuala Terengganu : Syarikat Percetakan Yayasan Islam terengganu, ed 1.

Mohd Ridzuan Mohamad. 2021. Pelaksanaan Wakaf Am Dan Khas Di Terengganu Dan Implikasinya Terhadap Mawquf ‘Alaih. Terengganu : Universiti Sultan Zainal Abidin.

Mohd Zaim Haji Othman. 1982. Islamic Law with Special Reference to the Institution of Waqf. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Mustafa Ibrahim, al-Ziyat, Ahmad Hasan, Abd al-Qadir, Hamid al-Najar, Muhammad Ali. t.t. Mu’jam al-Wasit. Turki : al-Maktabah al-Islamiyyah.

Syahnaz Sulaiman, Aznan Hasan, Siti Mashitoh Mahamood & Ahmad Azam Sulaiman. 2021. Transformasi Pembangunan Hartanah Wakaf Menerusi Dana Amanah Hartanah Islam. Negeri Sembilan : USIM.

Teuku Iskandar. 2000. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wahbah al-Zuhayli. 2011. Fiqh dan Perundangan Islam. Selangor: Dawama Sdn. Bhd.

Jurnal

Asmak Abd Rahman. t.t. Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam dan Aplikasinya di Malaysia. Jurnal Syariah. Jil. 17.

Seminar

Hailani Muji Tahir & Ja’afar Ahmad. 2001. Mekanisme Istibdal dan Pembiayaan Pembangunan Hartanah Wakaf. Seminar Pembangunan Tanah Wakaf dan Baitulmal Peringkat Kebangsaan. Hotel Golden Legacy, Melaka, 29 Oktober 2001, hlm 1.

Enakmen

Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1978. http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/ mal/portalv1/undangbm.nsf/bydocunidp/0032279739F9E31048256F850004423F?OpenDocument. (Diakses pada 14 Mei 2020)

Temu Bual

Fatimah Zariah bt Harun @ Musa. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Wakaf dan Sumber Am, MAIDAM. Pengurusan Hartanah Wakaf di Negeri Terengganu. Terengganu. 15 Jun 2020.

Laman Sesawang

Wakaf dan Sumber Am. http://maidam.gov.my/index.php/en/. (Diakses pada 18 Januari 2020)

Published

2023-10-01

How to Cite

Mohamad Zaki, S. N. J., & Muda, M. Z. (2023). Analysis Of Waqf Land Area In Terengganu: Analisa Keluasan Tanah Wakaf Di Negeri Terengganu. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 32(1), 1–11. Retrieved from https://al-qanatir.com/aq/article/view/504