Core Value Of Integrity In Family Institutions Guided By Qaṣaṣ Al-Quran

Nilai Teras Integriti Dalam Institusi Kekeluargaan Berpandukan Qaṣaṣ Al-Quran

Authors

  • Siti Sarah Izham Pensyarah Kanan
  • Noor Aznaim Abd Latib Pensyarah Kanan
  • Mohamad Khairul Izwan Rifin Pensyarah Kanan
  • Amiratul Munirah Yahaya Pensyarah Kanan
  • Shofiyyah Moidin Pensyarah

Keywords:

Integrity, Knowledge, Practice, Story, al-Quran

Abstract

Malaysia today has achieved significant and systematic changes from various angles including development, technological progress, social change and even in the construction of community identity. All these results enjoyed not only come from progressive and futuristic development but from earnest efforts in matters of integrity. The fact is, integrity is the main key to the development of a country. In shaping and educating the community concerning integrity, there are three important institutions which are family institutions, schools and religion. Of the three institutions, the first very important institution is the family. Family institutions play a big role because giving birth to individuals with integrity, starts from home. Therefore, the main objective of this study is to produce constituents or elements of integrity that are analyzed based on the qasas of the Quran (stories in the Quran) that need to be applied in every family. This is because the production of constituents that refer to the Qur'an is more universal and provides well-being to all communities. This study is qualitative and uses data collection methods from library research. Meanwhile, the main data analysis method used is to analyze the content found in books of interpretation in addition to documents from journal articles and academic books. The results of the study found that five main constituents can be extracted through the analysis of selected stories to apply integrity in family institutions, namely first, piety. Second, courtesy. Third, trust. Fourth, qana'ah. These four core values that are produced are very important to be refined and then applied in every family so that the results produce a society with the integrity and bring prosperity to the country.

Abstrak
Malaysia pada hari ini telah mencapai perubahan yang cukup besar dan sistematik dari pelbagai sudut termasuklah pembangunan, kemajuan teknologi, perubahan sosial mahupun dalam pembinaan identiti masyarakat. Kesemua hasil yang dinikmati ini bukan sahaja datang daripada pembangunan progresif dan futuristik tetapi atas usaha yang bersungguh-sungguh dalam hal integriti. Hakikatnya, integriti adalah kunci utama dalam perkembangan sesuatu negara. Dalam mengorak dan mendidik masyarakat berkaitan integriti, terdapat tiga institusi penting iaitu institusi keluarga, sekolah dan agama. Daripada tiga institusi tersebut, institusi pertama yang sangat penting adalah keluarga. Institusi kekeluargaan memainkan peranan yang besar kerana untuk melahirkan individu yang berintegriti, ia bermula dari rumah. Justeru itu, objektif utama kajian ini adalah untuk menghasilkan konstituen atau elemen integriti yang dianalisis berpandukan qasas al-Quran (kisah-kisah dalam al-Quran) yang perlu diterapkan di dalam setiap keluarga. Ini kerana, penghasilan konstituen yang merujuk kepada al-Quran adalah lebih bersifat sejagat dan memberi kesejahteraan kepada semua masyarakat. Kajian ini berbentuk kualitatif iaitu menggunakan metode pengumpulan data daripada kajian perpustakaan. Manakala, metode analisis data yang utama digunakan ialah menganalisis kandungan yang terdapat dalam kitab-kitab tafsir disamping dokumen-dokumen daripada artikel jurnal dan buku-buku akademik. Hasil kajian mendapati terdapat lima konstituen utama yang dapat dikeluarkan menerusi analisis terhadap kisah-kisah terpilih untuk diterapkan integriti dalam institusi kekeluargaan iaitu pertama, takwa. Kedua, ihsan. Ketiga, amanah. Keempat, qana’ah. Empat nilai teras yang dihasilkan ini sangat penting untuk diperhalusi lalu diaplikasi dalam setiap keluarga agar hasilnya melahirkan masyarakat yang berintegriti dan membawa kesejahteraan kepada negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Siti Sarah Izham, Pensyarah Kanan

Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Noor Aznaim Abd Latib, Pensyarah Kanan

Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Mohamad Khairul Izwan Rifin, Pensyarah Kanan

Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Amiratul Munirah Yahaya, Pensyarah Kanan

Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Shofiyyah Moidin, Pensyarah

Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

References

Buku

A’dawiyah, I. 2011. Konsep Keluarga Berkualiti Menurut Islam. Al-Hikmah.

al-Bukhari. 1987. Sahih al-Bukhari. Bayrut: Dar Ibn Kathir

Hamka. 1970. Tasauf Modern. Jakarta: Pustaka Panjimas

Hamka. 2019. Tafsir Surah al-Kahfi dan Juzuk 15. Selangor: PTS Publishing House.

Ibn Kathir. 2004. Tafsir al-Qur’an al-‘Azim. Riyadh: Dar al-Salam Li al-Nasyar wa al- Tawzi.

Kamarul Azmi Jasmi. 2017. Muraqabah. Ensiklopedia Pendidikan Islam. Edisi Kedua. Skudai Johor: Fakulti Tamadun Islam dan Persatuan Cendekiawan Pen-didikan Islam [AIES] (Malaysia), 134-136.

M. Quraish Shihab. 2002. Tafsir al-Misbah. Jakarta : Lentera Hati.

Muhammad al-Ghazali. 1990. al-Janibu al-‘Athifi Min al-Islam. Alexandria Mesir: Dar ad Dakwah.

al-Syaukani. 1995. Fath al-Qadir: al-Jami’ Bayna Fanni al-Riwayah wa al-Dirayah min ‘ilm al-Tafsir. Bayrut: Dar al-Ma’rifah.

Syed Qutb. 2001. Fi Zilal al-Qur’an. c. 30. Misr: Dar al-Syuruk.

Artikel

Kamarul Azmi Jasmi. 2018. Ciri orang Yang Bertakwa: Surah Al-Baqarah (2:1-5). Artikel Ceramah Program Budaya al-Quran Mingguan di Kolej Tun Fatimah, UTM pada 26hb. Julai 2018 anjuran Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia.

Hanafi Hamdani, Faisal Ahmad Shah & S.Salahudin Suyurno. 2013. Nilai Teras Integriti Berdasarkan Analisis Hadis Amanah Di Dalam Al-Sahihayn. Jurnal Fikrah, https://www.researchgate.net/publication/272020717_NILAI_TERAS_INTEGRITI_BERDASARKAN_ANALISIS_HADITH_AMANAH_DI_DALAM_AL-SAHIHAYN

Mohd Faez Mohd Shah & Noor Naemah Abdul Rahman. 2014. Kepentingan Kaedah Penyelidikan Moden Dalam Fatwa Semasa. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa. Vol. 4. Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

Disertasi

Ahmad Nirwan Ariandi. 2019. Penafsiran HAMKA tentang Ihsan Dalam al-Quran: Analisis Semiotika. Skripsi Strata Satu (SI). Fakultas Ushuluddin, Adab dan Dakwah, Prodi Ilmu al-Quran dan Tafsir, IAIN Palangka Raya.

Prosiding

Hashim, S. N. A & Saniff, S. M. 2019. Kesejahteraan Mental: Membudayakan Integriti Dalam Institusi Keluarga. Proceeding of the 14th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC 2019) Vol 1. Bangi: Universiti Sains Malaysia.

Laporan

Laporan Kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia. 2011. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Pelan Integriti Nasional. Edisi Ringkas 2006 Institut Integriti Malaysia. http://www.moa.gov.my/documents/10157/59280/ringkasan_mengenai_pelan_integriti_nasional.pdf (diakses pada 31 Julai 2022)

Laman Sesawang

Akidah Islam sifatnya merentasi. Utusan Online. http://www.utusan.com.my/rencana/utama/akidah-islam-sifatnya-merentasi-1.527968 (diakses pada 31 Julai 2022)

Statistik Tangkapan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=97 (diakses pada 31 Julai 2022).

Published

2023-06-01

How to Cite

Izham, S. S., Abd Latib, N. A., Rifin, M. K. I., Yahaya, A. M., & Moidin, S. (2023). Core Value Of Integrity In Family Institutions Guided By Qaṣaṣ Al-Quran: Nilai Teras Integriti Dalam Institusi Kekeluargaan Berpandukan Qaṣaṣ Al-Quran. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 30(2), 116–128. Retrieved from https://al-qanatir.com/aq/article/view/657

Issue

Section

Articles