Implementation Of Islamic Cleansing (Sertu) In The Halal Industry

Perlaksanaan Sertu Kontemporari Dalam Industri Halal

Authors

  • Mohd Mahyeddin Mohd Salleh Pensyarah Kanan
  • Mustafa ‘Afifi Abdul Halim Pensyarah Kanan
  • Sumaiyah Abd Aziz Pensyarah Kanan

Keywords:

Sertu, Industry, Halal, Equipment, Standard

Abstract

The development of the halal industry both domestically and globally has indirectly increase demand for the services of the Islamic cleansing (sertu). However, there is a problem to the industry due to the reason that hadith only describes Islamic cleansing (sertu) in general, whereas industrial requirements are more complicated because the process also involves water-sensitive equipment and machines. Thus, it requires a more detailed Islamic cleansing (sertu) standard to enable it to be practiced by the industry. This article aims to explain the traditional practice of Islamic cleansing (sertu)according to Islamic law, to review the practice of modern Islamic cleansing (sertu) in the context of the halal industry, lastly to analyze the procedures and management of Islamic cleansing by the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) and the state Islamic Religious Department (JAIN). This study adopted qualitative methodology using document analysis, interviews and observations as data collection methods. The results show that the practice of the Islamic cleansing (sertu) in the industry has grown rapidly using sophisticated and modern equipment and technologies, but it is still grounded by Islamic principles. There are also Islamic cleansing (sertu) products used by the industry including soil-based soaps and liquid detergents. In addition, strengthening human capital is also important through specialized training to create more Islamic cleansing (sertu) professional in the industry.

Abstrak

Perkembangan industri halal di peringkat domestik dan global telah secara tidak langsung memacu permintaan terhadap perkhidmatan sertu. Namun permasalahan yang timbul ialah, nas hadis hanya menjelaskan sertu dalam bentuk umum, sedangkan keperluan industri adalah sebaliknya kerana proses sertu turut melibatkan peralatan dan mesin yang sensitif dengan air, serta memerlukan standard sertu yang lebih terperinci bagi membolehkannya dipraktikkan oleh industri. Artikel ini bertujuan menjelaskan amalan sertu tradisional menurut syarak, mengkaji amalan sertu moden dalam konteks industri halal dan  menganalisis prosedur dan pengurusan sertu oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan agama Islam negeri (JAIN). Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen, temubual dan pemerhatian sebagai kaedah pengumpulan data. Hasil kajian menunjukkan amalan sertu industri telah berkembang pesat menerusi penggunaan peralatan dan teknologi yang lebih canggih dan moden, namun masih berpaksikan kepada panduan syarak. Terdapat juga produk-produk sertu yang sudahpun digunapakai oleh industri antaranya sabun taharah, dan cecair pencuci sertu. Selain itu, pemerkasaan modal insan juga penting menerusi latihan yang khusus bagi mewujudkan lebih ramai jurusertu professional di industri.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Mohd Mahyeddin Mohd Salleh, Pensyarah Kanan

Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Mustafa ‘Afifi Abdul Halim, Pensyarah Kanan

Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Sumaiyah Abd Aziz, Pensyarah Kanan

Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Published

2020-03-04

How to Cite

Mohd Salleh, M. M., Abdul Halim, M. ‘Afifi, & Abd Aziz, S. (2020). Implementation Of Islamic Cleansing (Sertu) In The Halal Industry: Perlaksanaan Sertu Kontemporari Dalam Industri Halal. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 18(1), 1–9. Retrieved from http://al-qanatir.com/aq/article/view/255