The Use Of Zakat Logo In Optimizing Corporate Zakat Collection According To Maqasid Syariah

Penggunaan Logo Zakat Dalam Mengoptimumkan Kutipan Zakat Korporat Menurut Maqasid Syariah

Authors

  • Azman Ab Rahman Profesor
  • Afaf Sukari Pelajar Sarjana
  • Syed Mohd Najib Syed Omar Pensyarah

Keywords:

Zakat, Logo, Corporate, Maqasid, Syariah

Abstract

All approaches to increase the collection of corporate zakat should be intensified by the zakat institution and supported by the owners of corporate companies so that the target of annual corporate zakat collection is achieved despite the challenges that need to be passed by the zakat institution. Various initiatives have been implemented by zakat institutions such as LZNK and PPZ-MAIWP by introducing innovative methods of promoting corporate zakat collection through the use of zakat logos on corporate companies in the state of Kedah and the Federal Territory. This effort not only demands the obligation of the amil to collect corporate zakat from corporate companies, but it is also a human need for property to ensure the blessings of corporate companies in their business when paying zakat. Thus, this article aims to discuss the concept of the use of the zakat logo in Malaysia, including its approach according to the maqasid syariah. This article will also examine the challenges faced by zakat institutions in dealing with corporate zakat collection in Malaysia. This qualitative study uses documentation, interview and observation methods in the data collection process. The results of the study found that the use of the zakat logo on corporate companies is able to increase the collection of corporate zakat in addition to achieving the objective of zakat legislation through the care of property in terms of syariah purposes. The study also found that the main challenge faced by zakat institutions in the collection of corporate zakat is the issue of the level of awareness of Muslim traders on the payment of corporate zakat. It is hoped that this study can provide guidance and reference to zakat institutions or certain organizations in managing matters related to corporate zakat collection in facing the challenges of corporate zakat collection in Malaysia. Further research needs to be done to encourage the use of the zakat logo to be applied by all states in Malaysia so that the corporate zakat collection rate can be optimized from time to time.

Abstrak
Segala pendekatan bagi meningkatkan kutipan zakat korporat haruslah dipergiatkan oleh pihak institusi zakat dan disokong oleh pemilik syarikat korporat agar sasaran kutipan zakat korporat tahunan tercapai meskipun terdapat cabaran yang perlu dilalui oleh pihak institusi zakat. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan institusi zakat seperti LZNK dan PPZ-MAIWP dengan memperkenalkan kaedah pempromosian kutipan zakat korporat yang inovatif menerusi penggunaan logo zakat terhadap syarikat korporat di negeri Kedah dan Wilayah Persekutuan. Usaha ini bukan sahaja menuntut kewajipan pihak amil mengutip zakat korporat daripada syarikat korporat, namun ianya juga satu keperluan manusia terhadap harta bagi menjamin keberkatan syarikat korporat dalam perniagaan mereka apabila membayar zakat. Justeru, artikel ini bertujuan untuk membincangkan konsep pengunaan logo zakat di Malaysia termasuk pendekatannya menurut maqasid syariah. Artikel ini juga akan mengkaji cabaran yang dihadapi institusi zakat dalam mendepani kutipan zakat korporat di Malaysia.  Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi, temubual dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan logo zakat terhadap syarikat korporat mampu meningkatkan kutipan zakat korporat selain mencapai objektif pensyariatan zakat melalui penjagaan harta dalam aspek maqasid syariah. Kajian juga mendapati bahawa cabaran utama yang dihadapi oleh institusi zakat dalam kutipan zakat korporat adalah isu tahap kesedaran peniaga muslim terhadap pembayaran zakat korporat. Diharapkan kajian ini dapat memberikan panduan serta rujukan kepada institusi zakat mahupun organisasi tertentu dalam menguruskan hal ehwal berkaitan kutipan zakat korporat dalam mendepani cabaran kutipan zakat korporat di Malaysia. Kajian lanjutan perlu dilakukan bagi mengalakkan penggunaan logo zakat dapat diaplikasikan oleh semua negeri di Malaysia agar kadar kutipan zakat korporat dapat dioptimumkan dari semasa ke semasa.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Azman Ab Rahman, Profesor

Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

AJK, Akademi Fiqh Islami Malaysia (AFHAM)

Afaf Sukari, Pelajar Sarjana

Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Syed Mohd Najib Syed Omar, Pensyarah

Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

References

Abdul Rahim, Abdul Rahman. 2005. Menangani Cabaran Semasa Institusi Zakat Di Malaysia: Satu Analisa. Laporan Tahunan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, 42-147.

Al-Misawi, Mohammad al-Tahir. 1998. Ibn ’Ashur wa Kitabuhu Maqasid al-Shari‘ah al- Islamiyyah. Kuala Lumpur: Dar al-Basha’ir Li al-Intaj al-‘Ilmiyy.

Al-Qardhawiyy, Yusuf. 2000. Fiqh Al-Zakah. English Tr. Jeddah: Scientific Publishing Centre, King Abdulaziz University.

Al-Raisuniyy, Ahmad. 1992. Nazariyyat al-Maqasid ‘Inda al-Imam al-Syatibi. Bayrut: al- Ma‘ahad al-‘Alamiyy Li al-Fikr al-Islamiyy.

Salama, A.A. 1983. Fiscal Policy of An Islamic State In Fiscal Policy and Resource Allocation in Islam. Edited by Ziauddin Ahmad, Munawar Iqbal & M Fahmi Khan. Islamabad: Institute of Policy Studies.

Sayyid Sabiq. 1977. Fiqh Al-Sunnah. Bayrut: Dar al-Kitab al-‘Arabiyy.

Al-Shatibiyy. 1996. Al-Muwafaqat fi Usul al-Sha‘ri‘ah. Bayrut: Dar al-Ma‘rifah.

Al-Zuhayliyy, Wahbah. 1986. Usul al-Fiqh al-Islamiyy. Damshiq: Dar al-Fikr.

Jurnal

Adibah Abdul Wahab & Joni Tamkin Borhan. 2014. Faktor Penentu Pembayaran Zakat Oleh Entiti Perniagaan Di Malaysia: Satu Tinjauan Teori. Jurnal Syariah, Jil. 22, Bil. 3 295-322.

Faezy Adenan, Siti Amirah Abd Rahghni, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. 2017. Cadangan Mewujudkan Logo Pengiktirafan Zakat Perniagaan: Kajian Terhadap Usahawan Muslim Di Selangor. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa, Vol. 10.

Fauziah Ahmad, Tika Nuraeni, Chang Peng Kee, Mohd Helmi Abd Rahim. 2011. Pemediaan Produk dan Penggunaan Logo Starbucks Coffee. Jurnal Komunikasi, Jld. 27(1): 73-90.

Hairunnizam Wahid, Abdul Halim Abu Bakar, & Sanep Ahmad. 2016. Hubungan Antara Imej Korporat Usahawan Muslim Dan Pembayaran Zakat Perniagaan Di Daerah Sepang, Selangor. Jurnal Syariah, Jld. 24(1) 1-24.

Hasan Bahrom. Membayar Zakat: Kesedaran Ummah?. 2005. Dlm. Nabihah Binti Ismail @ Ghazali, Hamdi Bin Ishak & Tengku Intan Zarina Binti Tengku Puji. Halangan Ekonomi Dalam Menunaikan Tuntutan Zakat Di Kalangan Oku Penglihatan. Jurnal ‘Ulwan, Jld. 1. 2017: 63-83.

Mark Tung, Isaac Cheach & Brandon Foster. 2015. Methods and System for Converting and Displaying Company Logos and Brands. Patent Application Publication. United States: Want Media Group Inc.

Muhammad Ikhlas Rosele, Luqman Hj. Abdullah & Mohd Farhan Md. Ariffin. 2015. Zakat atas Syarikat di Malaysia: Analisis Potensi. Jurnal Intelek, Vol. 10(1): 25-32.

Ram Al Jaffri Saad, Kamil Md. Idris & Zainol Bidin. 2009. Peraturan Pembayaran Zakat Kepada Institusi Zakat: Sikap Peniaga Dan Kesannya Terhadap Gelagat Pembayaran Zakat Perniagaan. Jurnal Syariah, Jld. 17, Bil. 3. 607-630.

Ram Al Jaffri Saad, Zainol Bidin, Kamil Md. Idris & Md Hairi Md Hussain. 2010. Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Kepatuhan Zakat Perniagaan. Jurnal Pengurusan, Jld. 30, 49-61.

Kertas Kerja Persidangan

Abdul Halim Abu Bakar, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. 2014. Pembayaran Zakat Perniagaan dan Imej Korporat Usahawan Muslim: Kajian di Sepang, Selangor. Kertas kerja dibentangkan dalam International Conference Muamalat , Economics and Islamic Finance (SMEKI) di ILIM, Selangor, 8-10 Disember 2014.

Nur Najihah Zilani, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor. 2018. Kefahaman dan Kesedaran Membayar Zakat Perniagaan: Kajian Terhadap Peniaga Kecil di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-13. Bangi, Selangor.

Nurul Zubaidah, Sarah Aqilah, Sharifah Musfirah, Naimah Husna, Wan Nur Syahirah, Wan Mohd Yusof. 2017. Kempen “Buy Muslim First”: Analisis Menurut Maqasid Shariah. Proceedings of the International Conference on Islamic and Technology Management. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

Ram Al Jaffri Saad, Kamil Md Idris & Zainol Abidin. 2009. Peranan Sikap, Moral, Undang-undang dan Penguatkuasaan Zakat Terhadap Gelagat Kepatuhan Zakat Perniagaan. International Conference on Corporate Law (ICCL). Surabaya, Indonesia

Internet

PPZ MAIWP. 2020. Kerajaan Harap Kutipan Zakat Syarikat Meningkat. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-harap-kutipan-zakat-syarikat-meningkat-dr-zulkifli-252151. Diakses pada 6 November 2020.

Temu Bual

En. Omar Jamaduddin. Pengurus Zakat Korporat LZNK. 13 Januari 2022.

Published

2022-02-28

How to Cite

Ab Rahman, A. ., Sukari, A. ., & Syed Omar, S. M. N. (2022). The Use Of Zakat Logo In Optimizing Corporate Zakat Collection According To Maqasid Syariah: Penggunaan Logo Zakat Dalam Mengoptimumkan Kutipan Zakat Korporat Menurut Maqasid Syariah. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 25(2), 13–26. Retrieved from http://al-qanatir.com/aq/article/view/423

Issue

Section

Articles