Preliminary Analysis Of The Factors Increasing Cross-Border Marriage Cases Among The Muslim Community In Malaysia

Analisis Awal Terhadap Faktor-Faktor Peningkatan Kes-Kes Perkahwinan Merentasi Sempadan Dalam Kalangan Masyarakat Muslim Di Malaysia

Authors

  • Wan Abdul Fattah Wan Ismail Profesor
  • Ahmad Syukran Baharuddin Pensyarah Kanan
  • Zulfaqar Mamat Pensyarah Kanan
  • Lukman Abdul Mutalib Profesor Madya
  • Hasnizam Hashim Pensyarah Kanan
  • Mohamad Aniq Aiman Alias Pembantu Perunding

Keywords:

Marriage, Cross-border, Islamic, Family, Law

Abstract

A cross-border marriage is any type of marriage that takes place outside of the country by utilizing the services of a matchmaker in that country. However, the number of cross-border marriages has recently increased significantly. It is impossible to prevent this problem from occurring in the future. This is because those who want to marry across borders will do so for a variety of reasons. If the cross-border marriage is not registered upon return to Malaysia, it has a variety of consequences for the wife, children, and even family members. Therefore, this study aims to clarify the concept of cross-border marriage, including its definition and some factors that encourage couples to marry in this manner. This study used a qualitative approach to obtain concrete data by conducting semi-structured interviews with stakeholders who manage marriage governance for Muslims in Malaysia. The findings show, cross-border marriage is any type of marriage made abroad or through a specific syndicate, and there are several main factors that encourage couples to marry cross-border. The desire for polygamy, did not get family permission, reluctance of the couple to follow the marriage procedure, lack of exposure to the marriage procedure in Malaysia, couples who have been together, and the easy way to get married are among the main factors of cross-border marriages. We hope that this study will provide appropriate exposure to Malaysia's Muslim community about this issue and that all parties will play an important role in addressing this issue so that such cases can be reduced.

Abstrak
Perkahwinan merentasi sempadan adalah sebarang bentuk urusan pernikahan yang dijalankan di luar negara dengan menggunakan khidmat jurunikah di negara tersebut. Namun sejak akhir-akhir ini, peningkatan perkahwinan merentasi sempadan meningkat dengan begitu ketara sekali. Untuk menyekat isu ini dari terus berlaku adalah suatu perkara yang mustahil untuk direalisasikan. Hal ini kerana pihak yang ingin berkahwin secara rentas sempadan akan menggunakan pelbagai cara dan alasan untuk ia direalisasikan. Terdapat pelbagai kesan dari perkahwinan merentasi sempadan sama ada kepada isteri, anak-anak dan juga ahli keluarga sekiranya ia gagal didaftarkan sekembalinya ke Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memperjelaskan konsep perkahwinan merentasi sempadan seperti definisi dan beberapa faktor-faktor yang mendorong pasangan untuk berkahwin dengan cara tersebut. Untuk mendapatkan data yang konkrit, kajian ini telah menggunakan pendekatan secara kualitatif melalui kaedah temu bual separa berstruktur bersama pihak berkepentingan yang menguruskan tadbir urus perkahwinan bagi umat Islam di Malaysia. Hasil daripada kajian yang telah dibuat, perkahwinan merentasi sempadan adalah sebarang bentuk urusan pernikahan yang dibuat di luar negara atau menggunakan sindiket tertentu dan terdapat beberapa faktor-faktor utama yang telah dikenal pasti yang mendorong pasangan untuk berkahwin secara rentas sempadan. Antara faktor-faktor utama berlakunya perkahwinan merentasi sempadan adalah kerana keinginan untuk berpoligami, tidak mendapat keizinan keluarga, keengganan pasangan untuk mengikut prosedur nikah, kurang pendedahan terhadap prosedur perkahwinan di Malaysia, pasangan yang telah terlanjur dan jalan mudah untuk berkahwin. Harapan penyelidik agar kajian ini dapat memberi pendedahan sewajarnya kepada masyarakat Muslim di Malaysia berkaitan isu ini dan semua pihak memainkan peranan yang penting dalam membendung masalah ini agar kes sebegini dapat dikurangkan.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Profesor

Centre of Research for Fiqh Forensics and Judiciary (CFORSJ), Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia

Ahmad Syukran Baharuddin, Pensyarah Kanan

Centre of Research for Fiqh Forensics and Judiciary (CFORSJ), Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Zulfaqar Mamat, Pensyarah Kanan

Centre of Research for Fiqh Forensics and Judiciary (CFORSJ), Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Lukman Abdul Mutalib, Profesor Madya

Centre of Research for Fiqh Forensics and Judiciary (CFORSJ), Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Hasnizam Hashim, Pensyarah Kanan

Centre of Research for Fiqh Forensics and Judiciary (CFORSJ), Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Mohamad Aniq Aiman Alias, Pembantu Perunding

Centre of Research for Fiqh Forensics and Judiciary (CFORSJ), Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

References

Al-Quran.

Buku

Arifin, M. 2009. Kahwin Lari: Masalah dan Penyelesaiannya. In: Undang-undang keluarga & prosedur. Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws and Harun M. Hashim Law Centre, International Islamic University Malaysia, Gombak, Selangor, 11-18. ISBN 9789834120351.

Mohamad, M. N. 2008. Perkahwinan Luar Negara Tanpa Kebenaran di Selatan Pertama. Edisi Pertama. Fakulti Pengajian Islam.

Mohd Hashim, N. 2007. Prosedur dan pendaftaran perkahwinan. Dalam Undang-undang Keluarga (Islam). Siri Perkembangan Undang-undang di Malaysia, 14. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1-39.

Nik Badli Shah, N. N. 2012. Perkahwinan dan Perceraian di bawah Undang-Undang Islam. Selangor. International Law Book Services (ILBS).

Jurnal & Prosiding

Ghulam Khan, I. N., Yusof, N., Hashim, H., & A. Shukor, H. 2012. Fenomena Nikah Sindiket: Satu Huraian Awal. Diskusi Syariah dan Undang-Undang, 5, 22-41.

Matthew, H. A., & Johan, L. 2005. Frontiers, Sovereignty and Marital Tactics: Comparisons from the Borneo Highlands and the Indonesia-Malaysia Singapore Growth Triangle. The Asia Pacific Journal of Anthropology, 6(1), 1-17.

Md Said, M. H., Md Hashim, N., Abdul Hak, N., Che Soh@Yusoff, R., Ahmad Fuzi, F. H., & Yaakob, K. 2020. Kajian Sosioperundangan Perkahwinan Merentasi Sempadan di Nusantara (Socia Legal Research on Cross-Border Marriage in the Malay Archipelago). Journal of Nusantara Studies, 5(2), 129-151.

Mohd Shah, N., & Meerangani, K. A. 2021. Poligami Tanpa Kebenaran: Kajian Terhadap Kes-Kes di Mahkamah TINGGI Syariah Muar, Johor Tahun 2015-2019. Jurnal ‘Ulwan, 6(1), 269-277.

Wan Ismail, W. A. F., Syed Husin, S. N., Baharuddin, A. S., Abdul Mutalib, L., Mamat, Z., & Alias, M. A. A. 2022a. Konsep Perkahwinan Menurut Perspektif Fiqh dan Undang-Undang Islam di Malaysia. Proceeding of International Prophetic Conference, (8th), 14–28. https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/6

Wan Ismail, W. A. F., Mamat, Z., Abdul Mutalib, L., Baharuddin, A. S., Alias, M. A. A., & Syed Husin, S. N. 2022b. Perwalian dan Isu Berkaitan Dengannya Menurut Syarak dan Perundangan Islam Di Malaysia. Proceeding of International Prophetic Conference, (8th), 1–13. https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/5

Tesis

Ahmad Zakhi, M. Z. F. 2015. Perkahwinan Tidak Mengikut Prosedur: Kajian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tesis Sarjana. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Alias, M. A. A. 2022. The Falsification of Documents in Marriage Cases under the Civil and Syariah Court in Malaysia: An Appraisal Analysis. Tesis Sarjana. Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.

Laman Sesawang

Nikah Sempadan: Jangan Hanya Fikir Nak Kahwin, Fikir Juga Kemudaratan. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/942177/nikah-sempadan-jangan-hanya-fikir-nak-kahwin-fikir-juga-kemudaratan (diakses pada 25 November 2022).

Permohonan surat sah nikah di selatan Thailand meningkat. https://www.sinarharian.com.my/article/17241/berita/nasional/permohonan-surat-sah-nikah-di-selatan-thailand-meningkat (diakses pada 19 Disember 2022).

Temu bual

Ustaz Mohd Suhaimi bin Mohamed. Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK). 27 Februari 2022.

Ustaz Rozimi bin Zamri. Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). 4 Mac 2022.

Tuan Mohamad Zakian bin Dio. Pengarah Kanan (Kehakiman), Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). 21 Mac 2022.

Ustaz Che Musa bin Che Hamat. Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). 10 Mac 2022.

YBhg Haji Ahmad Nizam bin Amiruddin. Ketua Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Perak. 25 April 2022.

Puan Raihan binti Muhamad. Peguam Syarie di Rijal Raihan & Co. 12 Mac 2022.

Ustaz Naim bin Md Ghazali. Pegawai Agama Jajahan Pasir Mas, Pejabat Agama Jajahan Pasir Mas. 18 Mei 2022.

Ustaz Abdullah bin Mohamed. Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah. 17 Mei 2022.

Ustazah Nor Asniah bin Mohd Noh. Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Keluarga Unit NCR Dalam dan Luar Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 19 Mei 2022.

Ustaz Nik Nizam bin Nik Mohd Nasir. Penolong Pegawai Agama (Dakwah), Pejabat Agama Jajahan Machang. 17 Mei 2022.

Ustaz Mohd Ibrisham bin Jalaluddin. Pegawai Agama Jajahan Jeli, Pejabat Agama Jajahan Jeli. 23 Mei 2022.

Akta

Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303].

Kes

Husin lwn Saayah dan Mat Hassan (Perlis Kes Mal 36/80).

Syed Othman bin Syed Abdullah dengan pasangannya Ema Malisa binti Bogi [Kes Mal bil: 01003-010-333/03].

Published

2023-03-01

How to Cite

Wan Ismail, W. A. F., Baharuddin, A. S., Mamat, Z., Abdul Mutalib, L., Hashim, H., & Alias, M. A. A. (2023). Preliminary Analysis Of The Factors Increasing Cross-Border Marriage Cases Among The Muslim Community In Malaysia: Analisis Awal Terhadap Faktor-Faktor Peningkatan Kes-Kes Perkahwinan Merentasi Sempadan Dalam Kalangan Masyarakat Muslim Di Malaysia. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 30(1), 1–15. Retrieved from http://al-qanatir.com/aq/article/view/590