Coffee Luwak Manufacturing From Halalan Tayyiban Perspectives

Analisis Penghasilan Kopi Luwak Dari Perspektif Halalan Tayyiban

Authors

  • Hamizah Hussin Calon Sarjana
  • Mohd Anuar Ramli Pensyarah Kanan

Keywords:

halal haram, intiqal, animal welfare, civet coffee, tayyiban

Abstract

Kopi luwak adalah salah satu kopi eksotik yang semakin mendapat tempat di hati penggemar kopi di seluruh dunia. Permintaan pasaran terhadap kopi luwak membawa kepada tindakan pengurungan luwak bagi tujuan penghasilan kopi luwak dalam skala yang besar. Walau bagaimanapun, penghasilan kopi luwak secara komersil mencetuskan beberapa isu kebajikan luwak. Ia dikurung di dalam sangkar yang sempit dan mengalami tabiat pemakanan yang tidak semula jadi seperti memakan buah kopi sebagai diet utama. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis  hukum kopi luwak menurut perspektif halalan tayyiban. Bagi mencapai objektif tersebut kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis dokumen dan temubual. Literatur dan maklumat berkaitan kopi luwak menurut perspektif sains dan Islam dianalisis dengan menggunakan metod analisis kandungan. Hasil kajian mendapati kopi luwak yang dihasilkan daripada tinja luwak hukumnya adalah halal setelah disucikan kerana ianya bersifat mutanajis  dan bukannya najis. Namun begitu, proses penghasilan kopi luwak yang menggunakan metod pengurungan luwak di dalam kandang atau kurungan, dikategorikan tidak tayyiban kerana menjejaskan kebajikan luwak (animal welfare) dan memberi impak negatif kepada ekosistem dalam jangka masa yang panjang disebabkan ancaman kepupusan. Justeru, ia dikategorikan sebagai haram li ghairih sebaliknya kopi luwak yang dihasilkan secara tradisional tanpa melibatkan metod pengurungan luwak dan biji kopi tersebut disucikan daripada najis luwak hukumnya adalah halal dan baik.

 

 

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Hamizah Hussin, Calon Sarjana

Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Mohd Anuar Ramli, Pensyarah Kanan

Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Published

2018-05-18

How to Cite

Hussin, H., & Ramli, M. A. (2018). Coffee Luwak Manufacturing From Halalan Tayyiban Perspectives: Analisis Penghasilan Kopi Luwak Dari Perspektif Halalan Tayyiban. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 11(1), 1–14. Retrieved from https://al-qanatir.com/aq/article/view/12