The Potential Of Waqf Zurri In The Development Of A Civil Rural Economy Madani Economy

Potensi Wakaf Zurri Dalam Pembangunan Ekonomi Madani Luar Bandar

Authors

  • Muhammad Hamizan Ab Hamid Pensyarah Kanan
  • Mohd Afandi Mat Rani Rektor
  • Ismail Ahmad Professor

DOI:

https://doi.org/10.64757/alqanatir.2025.3404/1201

Keywords:

Family Waqf (Waqf Zurri), Management, Waqf Assets

Abstract

Waqf zurri is one of the important mechanisms in Islamic wealth management, aimed at safeguarding the welfare of heirs before its benefits are extended to the general public. In Malaysia, the management of waqf zurri is regulated by the State Islamic Religious Councils (SIRCs), which serve as the sole trustees. This study examines the management of waqf zurri in two key states, namely Terengganu and Kedah, through the Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) and the Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). The study focuses on the policies, procedures, implementation, and challenges faced in managing waqf zurri assets. This research adopts a qualitative approach through document analysis, semi-structured interviews, and case studies to obtain a holistic view of waqf zurri management. The findings reveal that both MAIDAM and MAIK have their own procedures in managing waqf zurri, including documentation processes, land investigations, ownership transfers, and the distribution of benefits to heirs. MAIDAM employs an istibdal strategy, where waqf assets are converted into more productive assets, while MAIK applies a long-term leasing system to generate returns for heirs. However, several key challenges were identified in the management of waqf zurri, including difficulties in verifying heirs, underdevelopment of assets, illegal occupation on waqf land, and the need for fatwa intervention to ensure waqf utilization aligns with Shariah principles. The study emphasizes the importance of coordination between SIRCs, donors (waqif), and other stakeholders to ensure waqf zurri assets are optimally utilized. Effective management through proper documentation, technological development in waqf registration, and Shariah-compliant investment strategies are proposed as improvements to enhance the efficiency and effectiveness of waqf zurri management in Malaysia.

Abstrak
Wakaf zurri merupakan salah satu mekanisme penting dalam pengurusan harta Islam yang bertujuan menjaga kebajikan ahli waris sebelum manfaatnya diperluaskan kepada masyarakat umum. Di Malaysia, pengurusan wakaf zurri dikawal selia oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), yang berperanan sebagai pemegang amanah tunggal. Kajian ini meneliti pengurusan wakaf zurri di dua negeri utama, iaitu Terengganu dan Kedah, melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Fokus kajian melibatkan dasar, prosedur, pelaksanaan, serta cabaran yang dihadapi dalam mengurus aset wakaf zurri. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen, temu bual separa berstruktur, dan kajian kes bagi mendapatkan gambaran holistik terhadap pengurusan wakaf zurri. Dapatan kajian menunjukkan bahawa MAIDAM dan MAIK mempunyai prosedur tersendiri dalam mengurus wakaf zurri, termasuk proses dokumentasi, siasatan tanah, pemindahan hak milik, serta pengagihan manfaat kepada waris. MAIDAM menggunakan strategi istibdal, di mana aset wakaf ditukar kepada aset yang lebih produktif, manakala MAIK mengaplikasikan sistem pajakan jangka panjang bagi menjana pulangan kepada waris. Namun, beberapa cabaran utama dikenal pasti dalam pengurusan wakaf zurri, termasuk kesukaran mengesahkan waris, kurangnya pembangunan aset, penempatan tidak sah di atas tanah wakaf, serta keperluan campur tangan fatwa dalam memastikan pemanfaatan wakaf selari dengan prinsip syariah. Kajian ini menekankan kepentingan penyelarasan sistem pengurusan wakaf zurri antara MAIN, pewakaf, dan pihak berkepentingan lain bagi memastikan aset wakaf zurri dapat dimanfaatkan secara optimum. Pengurusan yang efektif menerusi dokumentasi, pembangunan teknologi dalam pendaftaran wakaf, serta strategi pelaburan yang berlandaskan syariah dicadangkan sebagai langkah penambahbaikan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan wakaf zurri di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Muhammad Hamizan Ab Hamid, Pensyarah Kanan

Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia.

Mohd Afandi Mat Rani, Rektor

UiTM Cawangan Machang, Universiti Teknologi  MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia.

Ismail Ahmad, Professor

Arshad Ayub Graduate Business School, UiTM Shah Alam.

References

Buku

Abdul Rahman, S. (2021). Pengurusan Wakaf di Malaysia: Isu dan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Afandi, M. (2012). Konsep dan aplikasi wakaf zurri dalam masyarakat Islam: Satu kajian komprehensif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Syarbini, K. (1997). Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz al-Minhaj. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Awang, M. (1994). Wakaf dan implikasinya terhadap pembangunan ekonomi Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Kedah Bil. 5/2008. (2008). Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Kedah 2008. Alor Setar: Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK).

Enakmen Wakaf Negeri Terengganu Bil. 1/2016. (2016). Enakmen Wakaf Negeri Terengganu 2016. Terengganu: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Ghazaleh, P. (2014). Held in Trust: Waqf in the Islamic World. Cairo: The American University in Cairo Press.

Ghurabal, M. (1972). Al-Waqf fi al-Islam. Cairo: Dar al-Ma’arif.

Ibn Manzur, M. (1994). Lisan al-Arab. Beirut: Dar Sadir.

Ibn Qudamah, M. (1997). Al-Mughni. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Ibrahim, M. (1960). Hukum Wakaf dalam Islam dan Aplikasinya di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Jabatan Ketua Audit Negara. (2004). Laporan Ketua Audit Negara: Pengurusan Harta Wakaf di Malaysia. Putrajaya: Jabatan Audit Negara Malaysia.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). (2023). Pelan Strategik Wakaf Terengganu. Kuala Terengganu: MAIDAM.

Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). (2023). Laporan Tahunan MAIK. Alor Setar: MAIK.

Mohamad, R., & Mohd Ridzuan, M. (2020, Januari 8). Temu bual mengenai pengurusan wakaf zurri di Terengganu.

Mohamad, R., & Ridwan, M. (2020). Wakaf Zurri di Malaysia: Cabaran dan Strategi Pemerkasaan. Jurnal Pengurusan Islam, 12(3), 201-215.

Sabiq, A. (1946). Fiqh al-Sunnah. Cairo: Dar al-Fikr.

Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Kedah. (1962). Perundangan Islam Negeri Kedah: Seksyen 37(3) mengenai Wakaf Zurri. Alor Setar: MAIK.

Jurnal

Farhana, M. (2018). Pemakaian tafsiran waris dalam Enakmen Wakaf Negeri Terengganu: Satu analisis hukum syarak. Jurnal Syariah, 26(2), 123-139.

Magda, I. (2017). The role of waqf in redistributing wealth and promoting social justice: An economic analysis. Islamic Economic Studies, 25(1), 85-112.

Zulkifli, M. (2022). Konsep dan Amalan Wakaf Zurri dalam Masyarakat Islam. Jurnal Syariah, 29(2), 105-120.

Temu Bual

Abdul Halim Awang. (2020, 12 Februari). Temu bual mengenai Wakaf Zurri Konsesi Chenderong.

Fakhrurrazi, Y., Ahmad Zaki, M., Muhammad Fairus, N., & Nor Hairani, M. (2020, Februari 7). Temu bual mengenai pengurusan wakaf zurri di Kedah.

Mohd Ridwan, M. (2020, Januari 8). Temu bual mengenai syarat penerima wakaf zurri di Terengganu.

Ummi Habibah, M., & Mohamad Ridwan, M. (2020, Januari 8). Temu bual mengenai pelaksanaan wakaf zurri di Terengganu.

Published

2025-08-04

How to Cite

Ab Hamid, M. H., Mat Rani, M. A., & Ahmad, I. (2025). The Potential Of Waqf Zurri In The Development Of A Civil Rural Economy Madani Economy: Potensi Wakaf Zurri Dalam Pembangunan Ekonomi Madani Luar Bandar. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 34(04), 128–137. https://doi.org/10.64757/alqanatir.2025.3404/1201