TRANSPARENCY OF SAFEKEEPING FEES AND SHARIAH COMPLIANCE IN AR-RAHNU: A CASE STUDY OF KPFM AND KOPETRO COOPERATIVES

KETELUSAN CAJ UPAH SIMPAN DAN KEPATUHAN SYARIAH DALAM AR-RAHNU: KAJIAN KES KOPERASI KPFM DAN KOPETRO

Authors

  • Muhammad Aliif Fadzilah Pelajar Sarjana
  • Amir Fazlim Jusoh@Yusoff Pensyarah Kanan
  • Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani Pensyarah Kanan

DOI:

https://doi.org/10.64757/alqanatir.2025.3408/1315

Keywords:

Safekeeping, Fee, Ar-Rahnu, Tawarruq, Cooperative

Abstract

Ar-Rahnu is an Islamic pawn-broking system that offers collateral-based financing grounded in Shariah principles. However, the implementation of storage charges (ujrah) on pledged items has raised Shariah concerns, particularly when such charges are perceived as benefits derived from the loan itself. The lack of standardised contract structures among ar-rahnu institutions, including cooperatives, adds to public confusion and raises questions about Shariah compliance and fairness in fee calculations. This study aims to analyse the differences in ar-rahnu contract structures between Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPFM) and Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), with a focus on the implications of storage fee practices and public perception. Adopting a qualitative approach, data were collected through document analysis, official cooperative websites, and relevant literature reviews. Findings show that KPFM maintains the traditional qard-wadi’ah-ujrah model, which raises Shariah concerns due to potential benefit from the loan. In contrast, KOPETRO has transitioned to a tawarruq-based structure, aligning more closely with the resolutions of the Shariah Advisory Council of Bank Negara Malaysia. While this change addresses the compliance issue, it introduces a new fee calculation method based on gold prices after the first six months. Public perception of transparency and fairness in fee structures significantly influences trust and the use of ar-rahnu services. The study recommends contract standardisation and greater transparency to strengthen public confidence and ensure the sustainable development of the ar-rahnu industry.

Abstrak
Ar-Rahnu ialah sistem gadaian Islam yang menyediakan kemudahan pembiayaan bercagaran berasaskan prinsip Syariah. Walau bagaimanapun, pelaksanaan caj upah simpan ke atas barang gadaian menimbulkan perbahasan dari sudut syariah kerana dikhuatiri mengandungi unsur manfaat daripada pinjaman. Ketidakseragaman struktur kontrak ar-rahnu antara institusi, termasuk koperasi, menambah kekeliruan dalam kalangan pengguna dan menimbulkan persoalan tentang tahap pematuhan syariah serta keadilan dalam pengiraan caj. Kajian ini bertujuan menganalisis perbezaan struktur kontrak ar-rahnu antara Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPFM) dan Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), serta implikasinya terhadap isu caj upah simpan dan persepsi masyarakat. Menggunakan pendekatan kualitatif, data dikumpul melalui analisis dokumen polisi, laman web koperasi, dan kajian literatur. Dapatan menunjukkan KPFM masih mengekalkan struktur qard-wadi’ah-ujrah yang kontroversi dari sudut syariah, manakala KOPETRO telah beralih kepada struktur tawarruq yang lebih selari dengan kehendak MPS BNM. Perubahan ini menyelesaikan isu syariah, namun memperkenalkan kaedah pengiraan caj baharu yang bergantung kepada harga emas selepas enam bulan pertama. Persepsi masyarakat terhadap ketelusan dan keadilan caj upah simpan didapati mempengaruhi kepercayaan dan penggunaan perkhidmatan ar-rahnu. Kajian mencadangkan standardisasi kontrak dan penekanan terhadap ketelusan bagi mengukuhkan keyakinan pengguna dan kelestarian industri ar-rahnu.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Muhammad Aliif Fadzilah, Pelajar Sarjana

Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Amir Fazlim Jusoh@Yusoff, Pensyarah Kanan

Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, Pensyarah Kanan

Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

References

Asiah, A., & Dziauddin, S. (2017). Penasihat Syariah Di Penyedia Perkhidmatan Ar-Rahnu: Tinjauan Semula Terhadap Garis Panduan Dan Pelaksanaan. Jurnal Muamalat. 10. 1-17.

Che Harun, S. H., & Mohd Razif, N. F. (2021). Isu-Isu Syariah Di Dalam Produk Al-Rahn Di Perbankan Islam Di Malaysia. Journal Of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 7(2), 55–78.

Malaysia, B. N. (2019). Mesyuarat Majlis Penasihat Shariah (MPS) Bank Negara Malaysia Ke-194 Dan Ke-195. Malaysia: Bank Negara Malaysia, 1–4.

Malaysia, S. K. (2021). Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia. In S. K. Malaysia (Ed.).

Naim, A. M. (2023). Aplikasi Tawarruq Dalam Pembiayaan Produk Ar Rahnu Di Institusi Perbankan Islam Malaysia. Dalam Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, Mat Noor Mat Zain, & A. A. Ahmad (Eds.). Tawarruq Dan Aplikasinya Dalam Institusi Kewangan Islam Di Malaysia. Penerbit UKM.

Nik Abdul Rahim, N. A. G., Mat Noor, M. Z., & Azlin Alia, A. (2023). Tawarruq Dan Aplikasinya Dalam Kewangan Islam Di Malaysia. Penerbit UKM.

Osman, N. H. S., Shahrul Azmi, S. N., Hussin, N., & Basiruddin, R. (2020). Persepsi Masyarakat Terhadap Pajak Gadai Islam (Ar Rahnu): Society Perception Of Islamic Pawnbroking (Ar Rahnu). The Journal Of Muamalat And Islamic Finance Research, 17(1). 70-78. https://doi.org/10.33102/jmifr.v17i1.261

Othman, A., Hashim, N., Abdullah, S., Perniagaan, K., Azizah, O., Hashim, N., & Perniagaan, K. (2013). Perkembangan Ar-Rahnu Di Terengganu: Kajian Kes Terhadap Ar-Rahnu Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Prosiding Perkem Viii, 2, 951–959.

Rasmin, N. H., & Markom, R. (2014). An Overview On Implementation Of Ar-Rahnu In Malaysia. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-9 (PERKEM Ke-9), Urus Tadbir Ekonomi Yang Adil: Ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi, 17–19.

Rosaidi Mohamad Hasan, & Norziah Othman. (2021). Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) Di Malaysia: Isu Dan Cabaran Pelaksanaannya Di Malaysia. International Conference On Syariah & Law2021(ICONSYAL 2021). Online Conference 6th April 2021.

Sama, N., & Alias, M. A. A. (2024). Pengaplikasian Ar-Rahnu Dalam Sistem Pembiayaan Islam: Ke Arah Muamalat Kontemporari Di Malaysia: The Application Of Ar-Rahnu In Islamic Financing System: Towards Contemporary Muamalat In Malaysia. Journal Of Management And Muamalah, 14(1), 52–66.

Al-Shirbini, A.-K. (1994). Mughni Al-Muhtaj Ila Ma'rifah Ma'ani Alfaz Al-Minhaj. T.tp: Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah.

Siti Hazirah Che Harun. (2022). Analisis Produk Ar-Rahn Di Institusi Kewangan Islam Di Malaysia Menurut Perspektif Fiqh. Tesis. Universiti Malaya.

Zain, N. R. M., & Hasan, A. (2021). Ar-Rahnu: Isu Dan Penyelesaian Semasa: Ar-Rahnu: Current Issues And Solutions. Malaysian Journal Of Syariah And Law, 9(1), 47–60.

Zuhayli, Wahbah. (1984). Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu (Cetakan Kedua Ed.). T.tp: Dar Al-Fikr.

Zulfaka, A. (2021). Wawasan Kemakmuran Bersama 2030: Malaysia Sebagai Hab Kewangan Islam 2.0. ISFIRE, 11. (No 5 Oktober 2021).

Internet

https://www.arrahnukita.com.my/

https://www.kpf.my/pelaburan/perkhidmatan-arrahn.html

Published

2025-12-14

How to Cite

Fadzilah, M. A., Jusoh@Yusoff, A. F. ., & Nik Abdul Ghani, N. A. R. (2025). TRANSPARENCY OF SAFEKEEPING FEES AND SHARIAH COMPLIANCE IN AR-RAHNU: A CASE STUDY OF KPFM AND KOPETRO COOPERATIVES: KETELUSAN CAJ UPAH SIMPAN DAN KEPATUHAN SYARIAH DALAM AR-RAHNU: KAJIAN KES KOPERASI KPFM DAN KOPETRO . Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 34(08), 10–19. https://doi.org/10.64757/alqanatir.2025.3408/1315