ISLAMIC LOGIC (MANTIQ) AS A FRAMEWORK FOR CRITICAL THINKING IN THE TEACHING OF ISLAMIC AKIDAH AT SECONDARY SCHOOLS: AN ANALYSIS OF CURRICULUM STANDARDS (DSKP) AND TEXTBOOKS
ILMU MANTIQ SEBAGAI KERANGKA PEMIKIRAN KRITIS DALAM PENGAJARAN AKIDAH ISLAMIAH DI SEKOLAH MENENGAH: ANALISIS DSKP DAN BUKU TEKS
DOI:
https://doi.org/10.64757/alqanatir.2026.3508/1519Keywords:
Aqidah, Education, Textbooks, Mantiq, TeachingAbstract
This study analyses critical-thinking demands in the Islamic Aqidah component of Form Four and Form Five Islamic Education and examines the potential of Islamic logic (mantiq) as a framework for structuring the reasoning processes required in its teaching. A qualitative content-analysis design was employed, focusing on the Curriculum and Assessment Standard Document (DSKP) and the Form Four and Form Five Islamic Education textbooks, limited to the Aqidah component. Academic literature on critical thinking, Islamic Education and mantiq was used to support interpretation. The units of analysis included learning standards, performance standards, lesson content, learning activities, cognitive verbs and textual demands for reasoning and argumentation. The findings show that the DSKP and textbooks already provide clear space for critical thinking through demands such as applying, analysing, evaluating, formulating conclusions, relating concepts to life, comparing positions and providing justification. However, these documents primarily specify expected cognitive outcomes and learning activities rather than an explicit reasoning framework that systematically guides students from concept formation to truth evaluation, the use of evidence, argument construction and conclusion. In this context, the functions of tasawwur, tasdiq and istidlal demonstrate a meaningful correspondence with these reasoning demands. The study therefore proposes mantiq not as a replacement for Higher Order Thinking Skills (HOTS), but as a complementary reasoning framework rooted in the Islamic intellectual tradition that has the potential to make critical thinking in Aqidah teaching more systematic, evidence-based and epistemologically coherent. Further empirical research is required to evaluate its effectiveness in classroom practice.
Abstrak
Kajian ini menganalisis tuntutan pemikiran kritis dalam bidang Akidah Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 serta menilai potensi ilmu mantiq sebagai kerangka yang dapat menyusun proses penaakulan dalam pengajaran Akidah Islamiah. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan terhadap Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) serta buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, dengan analisis yang dihadkan kepada bidang akidah sahaja. Literatur akademik berkaitan pemikiran kritis, Pendidikan Islam dan ilmu mantiq digunakan sebagai sokongan interpretasi. Unit analisis meliputi Standard Pembelajaran, Standard Prestasi, kandungan pelajaran, aktiviti pembelajaran, kata kerja kognitif serta tuntutan penaakulan dan penghujahan yang dapat dikenal pasti secara tekstual. Dapatan menunjukkan bahawa DSKP dan buku teks telah menyediakan ruang yang jelas bagi pemikiran kritis melalui tuntutan mengaplikasi, menganalisis, menilai, merumus, menghubung kait, membandingkan dan memberikan justifikasi. Walau bagaimanapun, dokumen tersebut lebih banyak menetapkan hasil kognitif dan bentuk aktiviti yang perlu dicapai berbanding menyediakan kerangka penaakulan yang secara eksplisit membimbing murid daripada pembentukan konsep kepada penilaian kebenaran, penggunaan dalil, pembinaan hujah dan penghasilan kesimpulan. Dalam konteks ini, fungsi tasawwur, tasdiq dan istidlal menunjukkan kesepadanan yang bermakna dengan tuntutan penaakulan tersebut. Oleh itu, kajian ini mencadangkan ilmu mantiq bukan sebagai pengganti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), tetapi sebagai kerangka penaakulan pelengkap berasaskan tradisi intelektual Islam yang berpotensi menjadikan penerapan pemikiran kritis dalam pengajaran Akidah lebih tersusun, berasaskan dalil dan selaras dengan epistemologi Islam. Kajian empirikal lanjutan diperlukan untuk menilai keberkesanan kerangka ini dalam amalan bilik darjah.
Downloads
References
Anderson, L. W., & Krathwohl, D. R. (Eds.). (2001). A Taxonomy For Learning, Teaching, And Assessing: A Revision Of Bloom’s Taxonomy Of Educational Objectives. Longman.
Dahari, A. A., Suhid, A., & Fakhrudin, F. (2019). Implementation Of Critical Thinking In Teaching Islamic Education. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 8(4), 805–823. https://doi.org/10.6007/IJARPED/v8-i4/6756
Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2018). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan: Amalan Dan Analisis Kajian (Edisi Ke-2). Penerbit Universiti Malaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (n.d.-a). Buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 4 KSSM. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (n.d.-b). Buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 5 KSSM. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025: Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan 5. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohd Fauzi Hamat, Wan Suhaimi Wan Abdullah, Azizi Che Seman, Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman, Faizuri Abd Latif, & Faridah Che Husin. (2007). Penerapan Pemikiran Kritis Menerusi Silibus Pendidikan Islam, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM): Kajian Di SMKA Negeri Melaka. Afkar: Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 8(1), 207–240.
Muhammad Rashidi Wahab, & Mohd Fauzi Hamat. (2020). Kedudukan Ilmu Mantik Dalam Pemikiran Islam. Afkar: Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 22(2), 1–42. https://doi.org/10.22452/afkar.vol22no2.1
Nayif bin Nahar. (2016). Muqaddimah Fi ‘Ilm Al-Mantiq. Mu’assasah Wa‘y li al-Dirasat wa al-Abhath.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Nurzahidah Jaapar, Siti Aminah Tar, Asma' Arshad

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.







