An Approach In Dealing With Corruption According To Maqasid Syariah

Pendekatan Menangani Rasuah Menurut Maqasid Syariah

Authors

  • Azman Ab Rahman Profesor
  • Nur Wahida Lokman Pelajar Sarjana
  • Lutfi Mohamed Zain Pensyarah
  • Syed Mohd Najib Syed Omar Pensyarah
  • Setiyawan Gunardi Pensyarah Kanan

Keywords:

Corruption, Maqasid, Syariah, Approach, Image

Abstract

Corruption among public and private workers has become a hotly debate issue that has damaged the country's image in the eyes of the world. According to the Malaysian Anti-Corruption Commission’s (SPRM) report, the statistics of arrests from 2014 to 2021 increased sharply to 205 percent, from 552 cases to 1125 cases. In fact, Malaysia has recorded a loss of almost RM 1.8 Trillion due to corrupt practices. Various measures and initiatives to prevent corruption in Malaysia have been taken by the government but reports on corruption continue to rise and show no reduction. These efforts need to be reviewed based on the syariah framework so that improvements can be made to reduce the problems related to corruption. Therefore, the purpose of this study is to analyze the concept of corruption and study the approach to deal with it based on the maqasid syariah. The qualitative study used in this research are documentation and observation methods. The study found that corruption is an act that is prohibited in Islam. The approach to tackling corruption based on maqasid syariah in the context of hifz Al-nafs can be implemented by applying thahirun nafs’s concept, ensuring employment from halal sources and practicing good work ethic. While in the context of hifz Al-mal it can be implemented by applying fairness in management, updating governance with trust and formulating ta’azir punishment for corruption offenders. It is hoped that this study can be used as a reference and guide the authorities to curb corruption in the context of Islam and ensure the community and individuals in office are free from corruption. Further studies related to the factors of Muslims committing corruption can also be implemented in the future so that the proposed approach can be applied in tackling corruption in Malaysia.

Abstrak

Gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam mahupun swasta sering menjadi isu polemik yang sangat hangat diperkatakan sehingga merosakkan imej negara di mata dunia. Menurut laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), statistik jumlah tangkapan dari tahun 2014 hingga 2021 berlaku kenaikan mendadak sehingga 205 peratus iaitu bersamaan dengan 552 kes kepada 1125 kes. Bahkan Malaysia telah mencatatkan kehilangan hampir RM 1.8 Trillion disebabkan kegiatan amalan rasuah. Pelbagai langkah dan inisiatif bagi mencegah kegiatan rasuah di Malaysia telah diambil oleh pihak kerajaan namun laporan terhadap kegiatan rasuah terus menerus menaik tanpa menunjukkan sebarang tanda penurunan. Usaha ini perlu dikaji semula berdasarkan kerangka syariah supaya penambahbaikan dapat dilakukan seterusnya mampu mengurangkan permasalahan berkaitan rasuah. Justeru, artikel ini bertujuan untuk membincangkan konsep rasuah menurut Islam dan mengkaji pendekatan menanganinya berdasarkan maqasid syariah. Kajian kualitatif ini menggunakaan kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa rasuah merupakan satu perbuatan yang dilarang dalam agama Islam. Pendekatan menangani rasuah berdasarkan maqasid syariah dalam konteks hifz Al-nafs boleh dilaksanakan dengan menerapkan konsep thahirun nafs, memastikan hasil pekerjaan daripada sumber halal dan mengamalkan etika kerja yang baik. Manakala dalam konteks hifz Al-mal ia boleh dilaksanakan dengan menerapkan sifat adil dalam pengurusan, mengemaskini urus tadbir dengan amanah dan merangka hukuman ta’azir bagi pesalah rasuah. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak yang berwajib bagi membendung jenayah rasuah dalam konteks Islam untuk menjamin masyarakat dan individu berjawatan bebas daripada gejala rasuah. Kajian lanjutan berkaitan dengan faktor orang muslim melakukan jenayah rasuah juga boleh dilaksanakan pada masa akan datang agar pendekatan yang dicadangkan boleh diterapkan dalam menangani rasuah di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Azman Ab Rahman, Profesor

Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU),
Penyelaras, Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM);
AJK, Akademi Fiqh Islami Malaysia (AFHAM)

Nur Wahida Lokman, Pelajar Sarjana

Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Lutfi Mohamed Zain, Pensyarah

Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Syed Mohd Najib Syed Omar, Pensyarah

Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Setiyawan Gunardi, Pensyarah Kanan

Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

References

Abdullah Nashih Ulwan. 1999. Tarbiyah Ruhiyah. Penterjemah Ajid Muslim, Aunur Rafiq Shaleh Tamhid. Jakarta: Robbani Press.

Abdullah Tayyar. T.th. Kitab Wabl Al-Ghamamah Fi Sharh Umdat Al-Fiqh Li Ibn Qudamah. Maktabah Shamilah, 294.

Ahmad, Shofian. 2008. Jenayah Rasuah: Bentuk dan Hukum Menurut Islam. In Md. Nor, Siti Zalikhah, Jilid 4- Fiqh Jenayah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 63.

Ahmad Mukhtar ‘Umar. 2008. Kitab Mu‘jam Al-Lughatu Al-‘Arabiyyah Al-Mu‘asirah. Kaherah: ‘Alam Al-Kutub, 1189.

Al-Attas, Syed Hussein. 1995. Rasuah, Sifat, Sebab dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chapra. 2008. The Islamic Vision of Development in the Light of the Maqasid al-Syariah. Jeddah, Kingdom of Saudi Arabia: Islamic Research and Training Institute.

Al-Fasiyy, ‘Alal. 1966. Maqasid Al-Syari‘ah Al-Islamiyyah Wa Makarimuha. Rabat: Matabi‘ Al-Risalah.

Al-Fayumiyy. 1909. Al-Misbah Al-Munir Fi Gharib Al-Sharh Al-Kabir Li Al-Rafi‘iyy. Bayrut: Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah, 411.

Hamka. 1990. Tafsir Al-Azhar. Singapura: Pustaka Nasional.

Harun, Kamal Mahyuddin. 1998. Abdullah Nashih Ulwan Menuju Ketakwaan (Terjemahan). Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Ibn ‘Ashur, Muhammad Al-Tahir. 2004. Maqasid Al-Shari‘ah Al-Islamiyyah. Qatar: Wazarat Al-Awqaf Wa Shu’un Islamiyyah.

Al-‘Imraniyy. 2000. Kitab Bayan Fi Mazhab Imam Syafie, Bab Adabu Al-Qada’. Jeddah: Darul Manhaj, h.64

Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan. 2019. Mencegah Rasuah: Pendekatan Integriti dan Tadbir Urus yang Berkesan. 1-36.

Institut Pengajian Tinggi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. 2020. Kursus Integriti Dan Rasuah. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Masyarakat, 128-131.

JAKIM. 2015. Indeks Syariah Malaysia, Model Tadbir Urus Berteraskan Maqasid Syariah. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 15-24.

Majmu‘ah Min Al-Mualifin. t.th. Kitab Al-Mawsu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaytiyyah. Kuwayt: Wizarah Al-Awqaf Wa Shu’un Islamiyyah.

Makhdum, Mustafa bin Karamatullah. 1999. Qawa‘id Al-Wasa’il Fi Al-Shari‘ah Al-Islamiyah. Dar Al-Ishbiliya.

Mohd Ezam Mohd Nor & Septo Waluyo. 2015. Islam dan Perbendaharaan Kisah dan Teladan. Putrajaya: MOF, 64.

Mohammed Tarmize Abdul Manaf. 2014. Nota Pencegahan Rasuah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Al-Rahuniyy, Muhammad Bin Ahmad Bin Yusuf. t.th. Hashiah Al-Rahuniyy ‘Ala Sharh Al-Zurqaniyy. Bayrut: Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah, h. 294.

Al-Raysuniyy, Ahmad. 2006. Imam Al-Shatibi’s Theory of The Higher Objective and Intents of Islamic Law. Introduction by Taha Jabir Al-Alwani. USA. International Institute of Islamic Thought, Herdon.

Al-Sayuti, Jalaluddin. 2002. Asbabun Nuzul: Sejarah Turunnya Ayat-Ayat Al-Quran. Terjemahan Shaleh, K.H. Qamaruddin, Dahlan, H.A.A & Dahlan, H.M.D. Kuala Lumpur: Victor Agencie, h. 81.

Al-Suyutiyy, Jalal Al-Din ‘Abd Al-Rahman Bin Abi Bakar. t.th. Al-Ashbah Wa Al-Naza’ir. Bayrut: Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah, h. 42.

Jurnal

Afriadi Sanusi & Sharifah Hayaati Syed Ismail. 2016. Analisis Strategi Membanteras Rasuah Menurut Islam. Online Journal Research in Islamic Studies, Jil. 3(2): 33-51.

Azman Ab Rahman. 2009. Jenayah Rasuah: Konsep dan Kedudukannya Dari Sudut Syarak dan Undang-Undang. Shariah Law Reports, Jil 1: 10-31.

Enida Daud. 2019. Faktor-Faktor Dalaman Yang Mempengaruhi Niat Individu Untuk Mengamalkan Rasuah Di Kalangan Penjawat Awam Pihak Berkuasa Tempatan. Jurnal Kemanusiaan 7(2): 6-19. Skudai: Penerbit UTM Press.

Fethi B. Jomaa Ahmed. 2018. Corruption According to the Main Sources of Islam. Intellectual Discourse. Vol. 26(1):91. IIUM Press.

Haji Hamil, Jamaie. 2020. Dinamika Pembangunan Melayu: Dari Kepimpinan Umno. Journal Of International Studies, 1: 133-151.

Noraida Harun, Zaidi Hasim. 2017. Rasuah Dalam Pentadbiran Tanah: Penyelesaiannya Menurut Islam. Jurnal Islam dan Mayarakat Kontemporari, Bil. 15: 41.

Al-Qudsy, Sharifah Hayati. 2008. Budaya Kerja Cemerlang Menurut Perspektif Islam: Amalan Perkhidmatan Awam Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu, Jil. 19: 187- 205.

Tesis

Nor Najdah Ab Rahman. 2018. Khalifah Umar Bin Abd al-Aziz dan Mekanisme Yang Dilaksanakan Dalam Pencegahan Rasuah. Tesis Sarjana Fakulti Pengajian Islam UKM.

Internet

Abdullah, Ridhuan Tee. 2009. Makan Rasuah dengan Makan Babi: Mana Lebih Berdosa? Artikel al-Islam. http://ridhuant.blogspot.com/2009/10/makan-rasuah-dengan-makan-babi-mana.html (diakses pada 8 Mac 2022)

Akbar Satar. 2021. Adakah Keputusan CPI 2020 Akan Menurun? https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=103&contentid=1522&cat=BKH (diakses pada 1 Nov 2021).

JAKIM. 2021. Tiga Kategori Maslahah. https://www.islam.gov.my/ms/bahagian-maqasid-syariah/tiga-kategori-maslahah-kebaikan (diakses pada 8 Mac 2021).

Persekutuan, Pejabat Mufti Wilayah. 2019. Maqasid Syariah Dalam Perubatan. https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3541-bayan-linnas-siri-ke-189-maqasid-syariah-dalam-perubatan (diakses pada 8 Mac 2021).

Published

2022-06-15

How to Cite

Ab Rahman, A., Lokman, N. W., Mohamed Zain, L., Syed Omar, S. M. N., & Setiyawan Gunardi. (2022). An Approach In Dealing With Corruption According To Maqasid Syariah: Pendekatan Menangani Rasuah Menurut Maqasid Syariah. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 26(2), 11–23. Retrieved from https://al-qanatir.com/aq/article/view/440

Issue

Section

Articles