Penambahbaikan Pengajaran Hafazan Ayat Mutashabih Lafaz: Kajian Di Darul Quran, JAKIM Dan Jabatan Al-Quran Dan Al-Qiraat KUIS
Improvement In Teaching Mutashabih Lafaz Verses: Study In Darul Quran, JAKIM And Department Of Al-Quran And Al-Qiraat KUIS
Keywords:
Hafazan, al-Quran, Mutashabih, Lafaz, PelajarAbstract
There are challenges and difficulties in memorizing the Quran and therefore it requires an effective and systematic method to facilitate students to memorize as well to retain the Quran. Among the biggest challenge faced by a student is to remember the mutashabih lafaz verses which appear to be similar to one another. The difficulty in memorizing and remembering the mutashabih lafaz verses requires specific teaching and learning methods from the institutions of tahfiz, teachers and students. Therefore, the objective of the study is to identify the accentuation and implementation of teaching mutashabih lafaz verse in tahfiz institutions and their lecturers, by making Darul Quran Jakim and Department of al-Quran and al-Qiraat, KUIS as research locations. This study was developed based on qualitative method using semi structured interviews as research instrument. Two experienced tahfiz teachers from each institution were selected as participants. The study found that there is no reference book nor specific teaching method been used officially in teaching mutashabih lafaz verses, even though the quality of memorization of these verses among students is weak.
Abstrak
Menghafaz al-Quran mempunyai cabaran dan kesukaran yang memerlukan kepada metode hafazan yang berkesan dan bersistematik bagi membantu dan memudahkan proses menghafaz dan menjaganya dari lupa. Antara cabaran terbesar yang dihadapi oleh penghafaz al-Quran adalah mengingati ayat–ayat mutashabih lafaz, iaitu ayat-ayat al-Quran yang sama atau hampir sama dari sudut lafaznya. Kesukaran dalam menghafaz dan mengingati ayat-ayat mutashabih lafaz ini menuntut kepada pengajaran dan pembelajaran khusus sama ada dari pihak institusi tahfiz, guru dan juga pelajar. Justeru, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti penekanan dan perlaksanaan pengajaran ayat mutashabih lafaz di institusi tahfiz al-Quran, dengan menjadikan Darul Quran Jakim dan Jabatan al-Quran dan al-Qiraat KUIS sebagai lokasi kajian. Kajian ini dibina berdasarkan metodologi kualitatif yang menggunakan metode temubual separa berstruktur sebagai instumen kajian. Dua orang guru tahfiz berpengalaman daripada setiap institusi dipilih sebagai peserta kajian. Kajian ini mendapati bahawa tiada buku rujukan serta metode pengajaran yang khusus digunakan secara rasmi dalam pengajaran ayat mutashabih lafaz, meskipun tahap penguasaan hafazan ayat tersebut dalam kalangan pelajar adalah lemah.