THE ROLE OF THE SULTAN/RULER IN ISLAMIC RELIGIOUS AFFAIRS UNDER MALAYSIAN LAW

PERANAN SULTAN/RAJA TERHADAP HAL EHWAL AGAMA ISLAM MENURUT PERUNDANGAN DI MALAYSIA

Authors

  • Mohamad Afandi Ismail Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Muhamad Hasif Yahaya Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Muhammad Najib Abd Wakil Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Rafeah@Rapengah Saidon Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Ikmal Hafiz Jamal Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Mariam Abdul Rahman Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

DOI:

https://doi.org/10.64757/alqanatir.2026.3501/1292

Keywords:

Role, Function, Malay Rulers, Islam, Constitution

Abstract

Malaysia is a constitutional monarchy with the coexistence of two legal systems: civil law and Shariah law. Under the Federal Constitution, the Malay Rulers or Sultans are vested with authority over matters related to Islam, serving as the heads of Islam in their respective states. Nevertheless, several incidents in the country have revealed that segments of society still lack a clear understanding of the role of the monarchy in Islamic affairs. This study aims to examine the legal provisions governing the authority of the Sultans or Rulers in relation to Islamic matters. Employing a qualitative approach, the analysis focuses on primary documents, including the Federal Constitution, state-level Islamic Administration Enactments, and selected judicial decisions that address relevant issues. A review of existing scholarly works was also conducted to strengthen the findings. The study reveals that the role of the Sultans extends beyond symbolic representation; it encompasses technical and critical functions, including the formulation of Islamic administrative policies and the enactment of Islamic laws within their states. Overall, the Sultans hold absolute authority as custodians of Islam, positioning the monarchy as the guardian of Islamic sanctity and values in Malaysia. The implications of this study provide a comprehensive understanding of the nexus between constitutional monarchy, religion, governance, and the legal framework in Malaysia.

Abstrak

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan dengan pelaksanaan dua sistem perundangan iaitu undang-undang sivil dan Syariah. Sebagai seorang Raja atau Sultan, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kuasa bagi perkara yang berkait dengan agama Islam kepada Raja atau Sultan bagi setiap negeri sebagai ketua bagi agama Islam. Namun begitu, beberapa peristiwa yang telah berlaku dalam negara ini, menunjukkan terdapat segelintir masyarakat yang kurang memahami peranan Sultan atau Raja terkait hal ehwal agama Islam. Maka, kajian ini bertujuan meneliti peranan Sultan atau Raja terhadap hal ehwal agama Islam menurut peruntukan undang-undang yang ada. Melalui kajian secara kualitatif, analisis akan dilaksanakan terhadap dokumen utama meliputi Perlembagaan Persekutuan, Enakmen Pentadbiran Agama Islam di setiap negeri, serta tinjauan terhadap beberapa kes mahkamah yang telah diputuskan menyentuh tentang hal terbabit. Penilitian kepada beberapa penulisan lepas yang berkait juga akan dilaksanakan bagi mengukuhkan dapatan kajian. Hasil kajian menyatakan bahawa Sultan atau Raja mempunyai fungsi yang luas dalam hal ehwal Islam, yang bukan semata-mata bersifat simbolik malah fungsi yang dimainkan adalah bersifat teknikal dan kritikal meliputi aspek pembinaan dasar pentadbiran dan penggubalan undang-undang Islam di dalam negeri. Secara keseluruhannya, Sultan atau Raja memiliki kuasa mutlak sebagai penjaga agama Islam dan menjadikan institusi beraja di Malaysia sebagai penaung dalam memelihara kesucian agama Islam dan nilai-nilai yang terkandung dalamnya. Implikasi kajian ini memberikan suatu kefahaman yang menyeluruh berhubung hubungan antara sistem Raja Berpelembagaan dengan aspek agama, sistem pemerintahan dan perundangan bagi negara Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Mohamad Afandi Ismail, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Pensyarah

Muhamad Hasif Yahaya, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Pensyarah Kanan

Muhammad Najib Abd Wakil, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Pensyarah

Rafeah@Rapengah Saidon, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Profesor Madya

Ikmal Hafiz Jamal, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Pensyarah

Mariam Abdul Rahman, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

Pensyarah

References

Abdul Kahar Ahmad v. Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan; Kerajaan Malaysia & Anor. [2008] 4 CLJ 309.

Ahmad Shazrin Mohamed Azmi, N. R. (2018). Tinjauan Persepsi Majlis Agama Islam Negeri Terhadap Peruntukan Kerajaan Persekutuan Bagi Pembangunan Tanah Wakaf. Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 15(2), 125–151.

Akta Pentadbiran Hal Ehwal Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505).

Che Pa, B. (2012) Institusi Raja Dan Peranannya Terhadap Penyebaran Islam Di Alam Melayu Nusantara. In Membongkar Rahsia Pendidikan Islam. Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei.

Dimon, Z. (2023). Peranan Raja-Raja Melayu Sebagai Ketua Agama Islam Negeri Dalam Konteks Perundangan Di Malaysia: Analisis Terhadap Isu Pengurusan Masjid Dan Zakat Di Selangor. Al-Mimbar: International Journal of Mosque, Zakat and Waqaf Management, 18(1), 51–63.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Fathul Bari Mat Jahya & Ors v. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan [2012] 4 MLJ 281.

Jamaluddin Othman v. Menteri Dalam Negeri, Malaysia [1989] 1 MLJ 369.

Kambol, R. (2024). Menangani Isu-Isu Sensitif Berkaitan Agama, Bangsa Dan Institusi Raja (3R) Dalam Politik Melalui Pendekatan Undang-Undang: Suatu Penilaian Semula. Journal of Law & Governance, 7(1), 86–104.

Meor Atiqulrahman Ishak & Yang Lain v. Fatimah Sihi & Yang Lain [2000] 1 CLJ 393,

Mohamad Hashim, M., & Samuri, M. A. (2017). Sorotan Literatur Kuasa Sultan Dalam Kehakiman Islam. Islamiyyat: The International Journal of Islamic Studies, 39(1), 11–20.

Mohd Kamal, M. H. (2007). Kedudukan Dan Peranan Raja-Raja Dalam Pentadbiran Agama Islam. In M. Arifin (Ed.), Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia (pp. 57–74). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mufti Wilayah Persekutuan. (2002, February 25). Perbezaan Fatwa Warta Dan Fatwa Tidak Warta. https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/5139-irsyad-al-fatwa-siri-ke-669-perbezaan-fatwa-warta-dan-fatwa-tidak-warta

Muhammad Haniff Hassan. (2007). Explaining Islam’s Special Position And The Politic Of Islam In Malaysia. The Muslim World, 97(2), 287–316.

Muslim, N. (2014). Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya Dalam Memelihara Kedudukan Islam Dari Sudut Perlembagaan. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman), 2(3), 121–127.

Nasohah, Z., Zakaria, Z., & Mohd Kusrin, Z. (2022). Cabaran Penyeragaman Undang-Undang Jenayah Syariah Di Malaysia. International Journal of Islamic Thought, 22, 83–95. https://doi.org/10.24035/ijit.22.2022.248

Perlembagaan Persekutuan (Malaysia), art. 3(1), 3(2), 3(5), 11(4), 12(2), 38(2), 71(1), 121(1A).

Rosele, M. I., Abd Rahim, R. A., & Wan Ali, W. Z. K. (2018). Peranan Sultan Dalam Perkembangan Islam Di Negeri Pahang. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 29(1), 51–77. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/15364

Samsudin, M. S. I., Abdul Talib, R., Mohamed, F. A. I., Mohd Radzi, K. A., & Nor Hidayah, N. S. (2024). Peranan Institusi Raja Dalam Menjamin Keharmonian Agama Dan Kaum Di Malaysia. Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF), 6(2), 95–107. https://doi.org/10.24191/JIPSF/v6n22024_95-107

Shamrahayu A. Aziz. (2013, Januari 5). Kedaulatan Islam Sebagai Agama Negara – Peranan Raja-Raja Melayu Berpaksi Perlembagaan Persekutuan. Kertas kerja Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) & JAKIM.

Shuaib, F. S. (2008). Strengthening Administrative Institutions Of Islamic Law In Malaysia: An Overview. Jurnal Syariah, 16(2), 443–464.

Timbalan Pendakwa Syarie Pahang v. Kartika Sari Dewi binti Shukarno [2010] 1 CLJ 172.

Zanariah Dimon. (2020, November 24–25). Peranan Sultan Sebagai Ketua Agama: Sorotan Isu-Isu Berkaitan Pentadbiran Agama Islam Di Malaysia. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-5 (PASAK5 2020) (online).

Zawawi Ibrahim, I. M. (2020). Malaysia: A Secular Constitution Under Siege?. In A. Triandafyllidou & T. Magazzini (Eds.), Handbook of Religious Diversity (pp. 282–295). Routledge.

Published

2026-01-24

How to Cite

Ismail, M. A., Yahaya, M. H. ., Abd Wakil, M. N. . ., Saidon, R. ., Jamal, I. H., & Abdul Rahman, M. . (2026). THE ROLE OF THE SULTAN/RULER IN ISLAMIC RELIGIOUS AFFAIRS UNDER MALAYSIAN LAW: PERANAN SULTAN/RAJA TERHADAP HAL EHWAL AGAMA ISLAM MENURUT PERUNDANGAN DI MALAYSIA. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 35(01), 1–10. https://doi.org/10.64757/alqanatir.2026.3501/1292