Management Of Mental And Spiritual Aspects In The Era Of The Covid-19 Pandemic: An Early Study Of The Happiness Index Of Shah Wali Allah Al-Dihlawi
Pengurusan Aspek Mental Dan Spiritual Dalam Era Pandemik Covid-19: Kajian Awal Indeks Kebahagiaan Shah Wali Allah Al-Dihlawi
Keywords:
Mental, Spiritual, Happiness, Index, al-DihlawiAbstract
The COVID-19 pandemic in Malaysia and the world has recorded more than 42 million cases worldwide and the death toll to date exceeds 1 million people. In Malaysia, the COVID-19 pandemic has had a huge impact on the country's political, economic, social, health, and education systems. In fact, the impact also involves mental and spiritual health. Following the pandemic, the Malaysian government has announced the implementation of the Movement Control Order (MCO) to the people starting 18 March 2020, thus changing their life patterns and norms. The implementation of the MCO aims to create social distancing in order to break the chain of the virus. However, it has the potential to affect the mental and spiritual health of the individuals involved whether individuals who are undergoing the MCO period by living alone or having a family due to psychological pressures that include fear, anxiety, stress, anxious and depress. Therefore, the objective of this study focuses on the management of mental and spiritual aspects in the COVID-19 pandemic era based on the happiness index presented by Shah Wali Allah al-Dihlawi. The study uses a library study method which practices content analysis design. Next, the main findings and discussions focus on the mental and spiritual aspects of Muslims in the COVID-19 pandemic era and al-Dihlawi's happiness index was identified in addressing mental and spiritual health issues through two levels of happiness, namely sa'adah bi al-'ard and al-sa'adah al-haqiqiyyah. Thus, understanding of the mental and spiritual aspects of management through al-Dihlawi's happiness index, selected preventive measures according to the appropriate approach can be implemented so that human happiness and well-being can be improved and restored in the face of the mental and spiritual health crisis during the new norm of the COVID-19 pandemic.
Abstrak
Pandemik COVID-19 yang menjadi wabak di Malaysia dan dunia telah mencatat lebih dari 42 juta kes di seluruh dunia dan angka kematian sehingga kini melebihi 1 juta orang. Di Malaysia, wabak COVID-19 telah memberi kesan yang sangat besar kepada sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan, dan pendidikan negara. Bahkan impaknya juga turut melibatkan aspek kesihatan mental dan spiritual. Ekoran dari wabak yang berlaku, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada rakyat bermula 18 Mac 2020, sekaligus mengubah corak dan norma kehidupan mereka. Pelaksanaan PKP bertujuan untuk membuat penjarakan sosial agar dapat memutuskan rantaian wabak. Namun begitu, ia berpotensi untuk menjejaskan kesihatan mental dan spiritual individu terlibat sama ada individu yang menjalani tempoh PKP dengan tinggal berseorangan ataupun berkeluarga susulan daripada tekanan psikologi yang meliputi rasa takut (fear), cemas (panic), tertekan (stress), bimbang (anxious) dan murung (depress). Oleh itu, objektif kajian ini menumpukan kepada pengurusan aspek mental dan spiritual dalam era pandemik COVID-19 berdasarkan indeks kebahagiaan yang dikemukakan oleh Shah Wali Allah al-Dihlawi. Kajian ini menggunakan metod kajian perpustakaan yang menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Seterusnya dapatan dan perbincangan utama tertumpu kepada aspek mental dan spiritual umat Islam dalam era pandemik COVID-19 dan indeks kebahagiaan al-Dihlawi dikenalpasti dalam menangani isu kesihatan mental dan spiritual melalui dua tahap kebahagiaan, iaitu sa‘adah bi al-’ard dan al-sa‘adah al-haqiqiyyah. Justeru, pemahaman terhadap aspek pengurusan mental dan spiritual melalui indeks kebahagiaan al-Dihlawi ini, langkah pencegahan yang terpilih mengikut pendekatan yang bersesuaian dapat dilaksanakan agar kebahagiaan dan kesejahteraan manusia dapat ditingkatkan dan dipulihkan dalam menghadapi krisis kesihatan mental dan spiritual semasa norma baharu wabak COVID-19.
Downloads
References
Buku
al-Attas, Syed Muhammad al-Naquib. 1977. Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
al-Dihlawi, Shah Wali Allah. 1999. Hujjah Allah al-Balighah. Cet. ke-3. Beirut: Dar Ihya’ al-‘Ulum.
al-Dihlawi, Shah Wali Allah. 2005. Hujjah Allah al-Balighah. Terj. Nuruddin Hidayat & C. Romli Bihar Anwar. Jakarta: PT Serambi Ilmu Semesta.
al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad. 2013. Ihya’ Ulumuddin. Jil. 1&2. Cet. 6. Kaherah: Dar As-Salam.
al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad. t.t.. Kimiya’ al-Sa‘adah. Beirut: al-Maktabah al-Sa‘biyyah.
Jasmi, Kamarul Azmi. 2016. Pembangunan Insan daripada Perpektif Islam. In Kamarul Azmi Jasmi (Ed.), Ensiklopedia Pendidikan Islam (Ed. 1, 102-107). Skudai Johor: Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia & Persatuan Cendekiawan Pendidikan Islam [Malaysia] (AIES).
Jurnal
Abdul Rashid Abdul Aziz, Amin Al Haadi Shafie, Zuraina Ali & Noor Dahiah Sulhana Dzainal. 2020b. Pengamalan Nilai Agama dalam Mengatasi Kemurungan Semasa Pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). Kuala Lumpur: Prademic Press, Vol. 5(12).
Abdul Rashid Abdul Aziz, Nurhafizah Mohd Sukor & Nor Hamizah Ab Razak. 2020a. Wabak Covid-19: Pengurusan Aspek Kesihatan Mental Semasa Norma Baharu. International Journal of Social Science Research. Selangor: Academia Industry Networks (ACINET), Vol. 2(4).
Abdul Rashid Abdul Aziz, Nor Hamizah Ab Razak, Nurhasma Muhamad Saad & Husin. 2021. Pandemik COVID-19: Penjagaan Kendiri Dalam Memacu Kecerdasan Emosi. Sains Insani. Selangor: USIM Press, Vol. 6(2).
Haizvanie Muhamed Ganasan & Norzaini Azman. 2021. Kesihatan Mental dan Motivasi Pelajar Semasa Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Vol. 6(10). Kuala Lumpur: Prademic Press.
Ila Nursalida Ali Amran & Zilal Saari. 2021. Menangani Kelesuan Upaya Ibu Bapa (Parental Burnout) Di Musim Pandemik COVID-19. Jurnal ‘Ulwan. Special Issue II: Wanita dan Kesejahteraan Ummah, Jld. 6(2). Melaka: Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).
Jarman Arroisi. 2019. Bahagia dalam Perspektif al-Ghazali. Jurnal Studi Agama-Agama dan Pemikiran Islam. Fakultas Agama Islam, Universitas Islam As-Syafi’iyah, 7(1). Kampus Pusat Universitas Darussalam Gontor.
Laura Musikanski, Scott Cloutier, Erica Bejarano, Davi Briggs, Julia Colbert & Steven Russwll. 2017. Happiness Index Methodology. Journal of Social Change. United States: Walden University, Vol. 9(1).
Mohd Sophian Ismail, Mohd Arif Nazri & Najah Nadiah Amran. 2021. Panduan Ulama Islam Berkaitan Amalan Pencegahan Penularan Pandemik: Satu Sorotan. Journal of Contemporary Islamic Law, Vol. 6(1). Selangor: Research Centre for Sharia, Fakulty of Islamic Studies, UKM.
Tesis
Ahmad Qusyairi. 2019. Konsep Kebahagiaan Menurut Al-Ghazali. Tesis Sarjana, Fakultas Ushuluddin dan Pemikiran Islam Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta.
Prosiding
M. Ahim Sulthan Nuruddaroini & Muh. Haris Zubaidillah. 2021. Ritual Pembacaan Istighosah Sebagai Benteng Spiritual Dari Wabah Virus Corona Oleh Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU). Proceeding The 3rd ICDIS 2021 "Islam and Sountheast Asian Communities Welfare in the COVID-19 Era".
Mohd Zahir Abdul Rahman, Ahmad Murshidi Mustapha, Mohd Miqdad Aswad Ahmad & Mohamad Hafizuddin Mohamed Najid. 2021. Aktiviti Holistik Keluarga Sihat Kendiri Di Era Pandemik Covid-19 Berasaskan Maklumat Islami. Prosiding Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2021 (PERKKS 21). Zes Rokman Resources.
Nozira Salleh & Syarifah Ismail. 2021. Mendepani Covid-19: Muhasabah Dan Mujahadah Diri. Proceeding The 3rd ICDIS 2021 "Islam and Sountheast Asian Communities Welfare in the COVID-19 Era.
Internet
Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial Ketika Pandemik COVID-19. https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/06/mhpss-kesihatan-mental-dan-sokongan-psikososial-ketika-pandemik-covid-19 (diakses pada 8 Januari 2022).
Happiness Index (HI): Definition, Domains, Relation between HDI and HI. https://www.publichealthnotes.com/happiness-index/ (diakses pada 14 Oktober 2022).
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2022 Noraini Junoh, Ahmad Murshidi Mustapha, Mohd Nazri Mat Zin, Zanirah Mustafa@Busu

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.