Kepentingan Pewartaan Fatwa Dalam Penguatkuasaan Undang-Undang Jenayah Syariah Di Malaysia: Satu Analisis
Importance Of Gazettement Of Fatwa In The Enforcement Of Syariah Criminal Law In Malaysia: An Analysis
Keywords:
Gazettement, Fatwa, Enforcement, Syariah Criminal Law, MalaysiaAbstract
Fatwa is a notification on questions about Islamic law issued by a Mufti as clarification to the members of the community. In enforcing Syariah criminal law in Malaysia, there are offences that are closely related to gazetted fatwas, for example offences relating to belief (aqidah). However, there are violations of such offences that could not be enforced due to the absence of gazetted fatwas. The absence of such fatwas does not only affect the enforcement of Syariah criminal offences, but it also causes negative implication on the community as there is no legal action that could be taken against such crime. This writing aims to identify the role of fatwas as instrument to enforce Syariah criminal offences in Malaysia and the importance of its gazettement. In addition, it also aims to analyse from the legal and the decided cases aspects, then it puts forward suggestions for applicable improvements. The writing is doctrinal research, and it applies qualitative methodology. Data gathered is based on documentations obtained from library research, statutes and reported and unreported cases. The data is then analysed using content analysis method. Finding proves that fatwas play significant role and its gazettement is required so that it can be a valid reference to the laws. Fatwa which is not gazetted opens the possibility of violations and disobedience that cannot be acted upon; subsequently, it will fail to play its role in enforcing of Syariah criminal offenses in this country. Thus, this writing suggests that the fatwa institution in each state to pay attention and take appropriate measures in gazetting the fatwas to ensure more effective enforcement of Syariah criminal laws.
Abstrak
Fatwa merupakan pemberitahuan tentang hukum syarak yang dilakukan oleh seorang Mufti yang mempunyai kewibawaan sebagai jawapan terhadap sesuatu kemusykilan di kalangan masyarakat. Dalam penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di Malaysia, terdapat kesalahan-kesalahan yang amat berkait rapat dengan keperluan sesuatu fatwa dan pewartaannya misalnya kesalahan berhubung dengan akidah. Walau bagaimanapun, terdapat pelanggaran kesalahan akidah yang tidak dapat dikuatkuasakan disebabkan oleh ketiadaan fatwa yang diwartakan mengenainya. Ketiadaan fatwa yang diwartakan bukan sahaja boleh menjejaskan penguatkuasaan kes jenayah syariah bahkan memberi implikasi negatif kepada masyarakat rentetan tindakan undang-undang yang tidak dapat diambil. Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti kepentingan fatwa sebagai instrumen penguatkuasaan jenayah syariah di Malaysia dan kepentingan pewartaannya. Selain itu, penulisan ini juga bertujuan untuk menganalisis dari aspek undang-undang dan kes-kes yang diputuskan, seterusnya mengemukakan cadangan penambahbaikan yang boleh diaplikasi. Penulisan ini merupakan kajian doktrinal dan menggunapakai kaedah kualitatif. Data dikumpul melalui metode dokumentasi yang didapati menerusi kajian perpustakaan, statut dan kes-kes yang dilaporkan atau tidak dilaporkan. Data yang diperolehi ini selanjutnya dianalisis menerusi kaedah analisis kandungan. Hasil penulisan mendapati fatwa memainkan peranan signifikan dan pewartaannya adalah perlu untuk menjadikannya sebagai rujukan kepada undang-undang Syariah. Fatwa yang tidak diwartakan akan membuka peluang kepada pelanggaran dan ketidakpatuhan yang tidak boleh diambil tindakan, seterusnya gagal berperanan dalam membantu dalam usaha penguatkuasaan kesalahan jenayah syariah di negara ini. Justeru, penulisan ini mencadangkan agar institusi fatwa di setiap negeri sentiasa memandang berat dan mengambil tindakan sewajarnya dalam mewartakan fatwa bagi menjamin penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah yang lebih efektif.
Downloads
References
Akta dan Enakmen
Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505]
Enakmen Fatwa Negeri Sabah (2004).
Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.
Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (1994).
Enakmen Mufti dan Fatwa Kedah Darul Aman (2008).
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor (2003).
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Melaka (2002).
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang (2004).
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor (2003).
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan (2003).
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak (2004).
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis (2006).
Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Pahang (1991).
Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Sabah (1992).
Ordinan Majlis Islam Sarawak (2001).
Buku
‘Audah, A.Q. (2009). al-Tashrī‘ al- Jinā’ī al-Islāmī. Kaherah: Dār al-Ḥadīth.
al-Mawardī, A.H.A. (1911). Al-Aḥkām al-Sulṭāniyyah. Kaherah: Maktabah Al-Sa’dah.
al-Qarḍāwī, Y. (1996). Fatwa Antara Ketelitian dan Kecerobohan. Terj. Batu Caves: Thinker’s Library.
al-Zuḥaylī, W. (1996). Uṣūl al-Fiqh al-Islāmī. Dimashq: Dar al-Fikr.
Maḥmūd Shalṭūṭ. (t.t). al-Fatāwa. al-Qahirah: Dār al-Qalam.
Mat Salleh, M.K & Samuri. M.A.A. (2020). Autoriti Fatwa & Pendapat Mufti dalam Undang-Undang di Malaysia. Bangi: UKM Press.
Mohd Yusof, F. (2011). Fatwa, Keberkesanannya Memerangi Ajaran Sesat di Malaysia. Skudai: UTM Press.
Musa, A.S. Abdul Aziz, A, M. Harun, H. & Nik Saleh, N.S. (2006). Prinsip dan Pengurusan Fatwa di Negara-Negara ASEAN. (Sunt). Nilai: Kolej Universiti Islam Malaysia.
Shuaib, F.S. (2010). Administration of Islamic Law in Malaysia. Petaling Jaya: LexisNexis.
Yeop Johari, A.S. (2010). Penyelarasan Fatwa di Malaysia: Kekangan dari Aspek Perundangan. Monograf al-Ifta', 1(7).
Jurnal
Abdul Wahab, M. (2004). Pewartaan Fatwa Menurut Enakmen Pentadbiran Perundangan Selangor 1989 dan Penguatkuasaannya. Jurnal Syariah, 12(2), 123-147.
Hamzan, M. (2021). Prosedur Pewartaan Fatwa Ajaran Salah Berdasarkan Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 dalam Menangani Isu Penyelewangan Akidah di Negeri Kelantan. International Journal of al-Quran and Knowledge, 1(2). 26-38.
Mat Salleh, M.K, Bahori, A. & Yahya, M.A. (2021). Position of Fatwa in The Constitution: A Legal Analysis. Pertanika Journal Social Sciences & Humanities, 29(4), 2171-2188.
Mohamed Azam, M. A. (2014). Penyelarasan Fatwa: Isu, Masalah dan Harapan. Jurnal Hukum, 38 (1), 1-16.
Saifuddin, S. & Jamal, J. (2015). Keperluan Memperkasakan Undang-udang. Penguatkuasaan Bagi Kesalahan Berhubung Ajaran Sesat di Negeri Sembilan: Satu Kajian. Jurnal Hukum, 39 (2), 133-164.
Saifuddin, S. Mohd Shariff, A. A., Md. Said, M.H. & Yahya, M.A. (2021). Kepentingan Aspek Keterangan dalam Penulisan Alasan Penghakiman Kes Jenayah Syariah di Malaysia: Satu Analisis. Islamiyyat, 43, 67-77.
Saifuddin, S., Ali Tajuddin, H. H., Yahya, M. A., Abd Rahman, M. R., & Hashim, F. Y. (2024). Examining The Application of Standard of Proof in Criminal Cases: A Comparative Analysis of Islamic Law and Common Law in Malaysia. Malaysian Journal of Syariah and Law, 12(1), 11-22.
Kes
Pendakwa Syarie Negeri Sembilan lwn Ahmad Fuat Mohd Hashim (No. Kes 05007-137-0202-2019).
Pendakwa Syarie Negeri Sembilan lwn Baharin Salleh (No. Kes: 05003-137-0081-2016).
Pendakwa Syarie Selangor v Abdul Kahar bin Ahmad [2009] 29(1) JH 100.
Sulaiman Takrib lwn Kerajaan Negeri Terengganu [2009] 2 CLJ 54.
Seminar
Husin, A.S. (2012). Ke Arah Penyelarasan Fatwa di Malaysia. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Penyelarasan Penguatkuasaan Fatwa di Malaysia. Anjuran Universiti Sains Islam Malaysia & Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Nilai Negeri Sembilan, 12 April.
Zakaria, H. (2012). Penjelasan Terhadap Isu Kekeliruan Fatwa yang Diwartakan. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Penyelarasan Penguatkuasaan Fatwa di Malaysia. Anjuran Universiti Sains Islam Malaysia & Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Nilai Negeri Sembilan, 12 April.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Suhaizad Saifuddin, Mohd Kamel Mat Salleh, Hanifah Haydar Ali Tajuddin, Mohamad Azhan Yahya

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.